Aiman sudah jangka kemenangan Khai

Berita Harian - - B*POP -

Penyanyi lagu Ku Rela

Aiman Tino, pula memang sudah menjangkakan trofi Penyanyi Lelaki Popular masih kekal milik Khai Bahar.

“Sebelum penyampai trofi mengumumkan kemenangan Khai, saya sudah bersedia merakamkan gambarnya. Kebetulan saya duduk di belakangnya.

“Saya memang meramalkan Khai dapat mengekalkan kemenangan Penyanyi Lelaki Popular dimenanginya pada tahun lalu.

“Jujurnya, saya tidak bersungguh-sungguh meminta peminat mengundi saya, tahun ini. Keadaan itu berlaku apabila saya sering tidak sihat dan jarang muncul di media sosial. Saya tiada idea dan tiada ‘mood’,” katanya.

Aiman juga berkata, dia menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital swasta di Rawang, Rabu lalu.

“Saya dimasukkan ke hospital selama lima hari, minggu lalu, selepas keadaan semakin teruk. Saya tidak tahu mengalami tonsil bengkak, tetapi saya sering demam dan sakit tekak sejak enam bulan lalu.

“Saya akan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja. Banyak undangan yang ditolak, malah saya juga terpaksa mengembalikan wang pendahuluan untuk beberapa persembahan kerana kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Apabila sakit tekak, ia menyukarkan saya untuk menyanyi,” katanya.

Dibenci,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.