Syafiq akui kekuatan Fattah

Berita Harian - - B*POP -

Syafiq Kyle yang disebutsebut sebagai calon pilihan untuk menggenggam trofi Pelakon TV Lelaki Popular akur apabila tewas di tangan Fattah Amin.

Dia menganggap Fattah berhak untuk naik ke pentas menerima anugerah itu kerana pelakon berkenaan masih begitu relevan, apatah lagi membintangi drama yang memiliki rating baik.

“Saya tidak kecewa apabila tewas di tangan Fattah kerana dia sememangnya masih popular dan layak untuk menang.

“Saya melihat peminat Fattah bekerja keras untuk memastikan kemenangannya pada penganjuran kali ini,” katanya.

Mengulas komen peminatnya di laman sosial yang kecewa dengan kekalahan dirinya, Syafiq berkata, dia menyedari perkara itu.

“Saya tahu peminat kecewa, tetapi saya tetap percaya, masih banyak ruang dan waktu lagi. Mungkin kami boleh bekerja keras lagi untuk mengundi pada tahun depan.

“Saya sentiasa menghargai undian dan sokongan peminat dari dulu sampai hari ini,” katanya.

Sungguhpun tewas, Syafiq sentiasa positif. Apa yang lebih penting, katanya, lakonannya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.