Bergelar calon Top 5 melegakan Ayda

Berita Harian - - B*POP -

Sementara itu, Ayda

Jebat yang juga calon Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular menerima kekalahan dirinya pada ABPBH kali ini dengan hati terbuka.

“Saya lega apabila nama saya masih berada dalam senarai kelompok lima popular bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan dua kategori dalam talian.

“Saya pula memang hadir ke malam kemuncak ABPBH 31 tanpa menyimpan sebarang harapan kerana tahu kekuatan pesaing saya.

“Apa yang lebih manis, nama saya masih melekat dalam senarai finalis daripada 20 calon awal kategori yang dipertandingkan,” katanya.

Ayda menganggap pengorbanan peminatnya sangat berharga kerana dirinya masih mampu berada dalam senarai akhir. Bersikap realistik, pelakon yang muncul buat julung kali menerusi filem Pinjamkan Hatiku itu mengakui semua artis mempunyai zaman turun naik.

“Saya sudah berpeluang untuk menjulang trofi ABPBH dalam kategori

Artis Baharu Wanita

Popular sebelum ini.

“Berada pada tahap ini, soal menang atau sebaliknya bukan lagi perkara utama. Apa yang lebih penting, sokongan peminat ketika susah dan senang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.