Pernah jadi pelakon tempelan

Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 31 ambil masa untuk mencipta nama

Berita Harian - - B*POP -

Saat dirinya merentasi ombak sepanjang perjalanan sebagai anak seni, bukan semuanya bermula dengan kemanisan. Bahkan, pada awal kemunculannya, tiada siapa menghiraukan gadis manis, Farah Nabilah, 26.

Sekadar membawa watak kecil dalam drama

pada 2011, seterusnya Farah menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti SEGI. Kemudian, pelakon ini melanjutkan pengajian akhir di Amerika Syarikat.

Kerjaya lakonannya bermula sekali lagi apabila Farah diberi peluang membawa watak utama menerusi drama,

pada 2015. Bagaimanapun, nama Farah Nabilah Saipuddin hanya meniti di bibir peminat selepas membintangi

bersama Zul Ariffin, tahun lalu. Hanya selepas enam tahun, gadis manis ini mampu menonjolkan bakat dan melonjakkan popularitinya.

Enggan persiakan peluang

Siapa sangka, gadis kacukan Melayu, Siam dan Arab itu mampu menggenggam dua anugerah dalam masa setahun.

Pada April lalu, bakat kelahiran Kota Damansara, Selangor, itu diangkat sebagai Artis Baharu Meletop, Anugerah Meletop Era 2018 dan terbaru. Farah dipilih sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-31, pada 7 Oktober lalu.

Sebak mengenangkan liku perjalanannya sebelum berada di zon yang boleh dianggap selesa, Farah mengakui: “Segala-galanya bermula dengan kepahitan. Saya pernah menjadi pelakon tempelan tidak berbayar, ada juga hanya dihulurkan RM80 untuk kerja yang dilakukan dari pagi hingga malam.

“Apabila menonton drama berkenaan pula, tidak keluar muka pun saya (ketawa).

Mak Pengantin Tak Popular Cinta, Titian Cinta Inikah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.