Jadi penerbit drama, filem

Berita Harian - - B*POP -

Farah cukup sedar dirinya takkan selamanya disanjung peminat. Akuinya, hidup sebagai anak seni pasti ada pasang surutnya.

Jadi, kata bintang

dia sudah membuat persediaan awal untuk masa depannya.

“Saya mahu sediakan payung sebelum hujan. Mungkin pengalaman saya tidaklah setinggi gunung, tetapi saya menyusun langkah perlahan-lahan.

Saya mahu berjinakjinak dalam dunia penerbitan pula.

Malah, saya sudah pun menubuhkan syarikat produksi, Fawaa Dean Films, sejak dua bulan lalu.

“Insya-allah, saya bakal menerbitkan telefilem berjudul

arahan Shirin Khuzaimi. Sebanyak 80 peratus penggambarannya dijalankan di Eropah. Selain terbabit dengan program pengembaraan, saya juga harus menyelesaikan penggambaran telefilem ini di Eropah.

“Saya merancang menerbitkan filem tahun depan,” katanya yang akan menjelajah Jerman, Austria, Itali dan Switzerland.

Ingin berbakti pada dunia seni

Katanya, Fawaa

Dean Films bukan hanya menerbitkan drama dan filem, tetapi mereka turut mengendalikan acara serta kebajikan.

“Saya tidak tahu, berapa lama jangka hayat saya dalam dunia seni? Kalau boleh, saya tidak mahu kelibat saya pun hilang apabila populariti sudah tidak lagi berada dalam genggaman.

“Jauh di sudut hati, saya mengharapkan dapat berbakti kepada industri seni selagi hayat dikandung badan,” katanya yang sekali lagi meraih perhatian menerusi drama

yang menggandingkannya dengan Fikry Ibrahim.

Drama arahan Hadith Omar dan diterbitkan oleh

Suhan Movies & Trading Sdn Bhd kini bersiaran di sebuah saluran berbayar.

Halalkan Hati Yang Ku Curi, Bayang Inikah Soal Cinta Cik Reen & Encik Ngok Ngek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.