Usik emosi

Berita Harian - - B*POP -

Semua persembahan artis diiringi seramai 12 orang pemuzik di bawah pimpinan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U.

Persembahan trio Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram dan Syamel turut menampilkan seramai 40 orang penari dari FITA Dance Theatre Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam. Tidak dinafikan, segmen persembahan menjadi nyawa dalam sesebuah acara anugerah. Perancangan dari segi konsep, pemilihan penyanyi dan lagu dilakukan penuh untuk memastikan kelainan, sekali gus memberi kepuasan kepada penonton.

Selain hiburan santai, ABPBH 31 turut menyelitkan persembahan daripada barisan penyanyi yang diakui keampuhan vokal mereka. Pemilihan Misha Omar, Siti Sarah Raissudddin dan Ernie Zakri dirasakan tepat, terutama apabila mereka bertiga menggalas amanah besar untuk menjayakan segmen penghargaan.

Menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH

31, Noor Kumalasari, tanggungjawab itu bukan tugas mudah kerana ia memerlukan penghayatan.

Ernie memberikan tenaga luar biasa ketika menyanyikan lagu rancak, Mata, manakala Sarah dan Misha mengusik emosi penonton menerusi lagu balada, Biarlah Aku Sendiri serta Hati Seorang Kekasih. Dibantu paparan klip filem yang dibintangi pelakon tinggi lampai itu, ia mengusik perasaan, malah Noor sendiri tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Eksperimen menjadi

Jarang rasanya majlis anugerah memilih irama tradisional sebagai penutup tirai. Namun, untuk menyuntik kelainan dan mengangkat semula irama tradisional, ABPBH 31 mengetengahkan tiga penyanyi hebat iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram dan Syamel untuk menyanyikan lagu joget.

Riuh rendah suasana di dewan apabila penari mengundang penonton di barisan depan untuk berjoget sama. Pemandangan itu membuktikan irama Malaysia masih diminati, malah ia akan terus segar. Antara lagu yang menjadi pilihan untuk segmen itu adalah

dan

Sebagai teraju utama dalam mengemudikan acara itu, pemilihan Janna Nick, Ajak Shiro dan Zara Zya yang masih hijau dalam dunia pengacaraan dilihat sebagai eksperimen yang berani. Mereka berjaya melunaskan tanggungjawab besar itu dengan baik.

Pentas ABPBH 31 berjaya menguji kemampuan mereka dalam mengendalikan sebuah acara berskala besar. Tidak mustahil, sekiranya terus diasuh, dibimbing dan diberi lebih banyak pendedahan, mereka mampu mencipta nama sebagai pengacara pelapis yang berwibawa.

Ramlah, Syamel dan Siti mempersembahkan lagu joget.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.