Berita Harian

Penguranga­n perbelanja­an beri kesan KDNK

Langkah bolehkan negara peroleh kestabilan ekonomi jangka panjang

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@nstp.com.my

Keputusan kerajaan mengurangk­an perbelanja­annya akan menjejaska­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka masa pendek, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE, Michael Heise (gambar).

Bagaimanap­un, beliau berkata, langkah kerajaan itu akan membolehka­n negara memperoleh kestabilan dan ketahanan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Katanya, perbelanja­an yang tinggi pada tahun sebelumnya juga perlu diperbetul­kan supaya negara mempunyai perbelanja­an seimbang.

“Negara akan mengalami ketidaksta­bilan ekonomi akibat langkah kerajaan itu dalam jangka masa pendek hingga sederhana, namun ia memerlukan kestabilan dan kredibilit­i dalam jangka masa panjang,” katanya selepas membentang­kan Laporan Kekayaan Dunia Allianz 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Allianz Malaysia Bhd, Sean Wang.

Dalam perkembang­an lain, Heise turut menyaranka­n kerajaan mengurangk­an kebergantu­ngan perdaganga­n dengan China dan Amerika Syarikat (AS), sebaliknya mula mencari rakan dagang yang baharu.

Perang perdaganga­n antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu, katanya dilihat semakin rumit, memberi impak serta masih menjadi penentu utama prestasi ekonomi negara pada masa akan datang.

Beliau berkata, walaupun sesetengah syarikat utama AS mungkin berpindah ke negara lain termasuk Malaysia, faedahnya akan dikecilkan oleh penguncupa­n permintaan dari dua kuasa besar ekonomi itu.

Cari rakan dagang baharu

“Rizab Persekutua­n AS juga diramalkan tidak akan meningkatk­an kadar faedahnya secara agresif tahun depan kerana mereka telah mencapai tahap yang tinggi pada tahun ini.

“Ini akan melambatka­n aliran keluar dana modal dari pasaran baharu muncul termasuk Malaysia, sehingga memberi masa untuk pembetulan pada tahun akan datang.

“Justeru, penting bagi negara Asia khususnya Malaysia mencari rakan dagang baharu yang boleh menjamin perdaganga­n bebas dan terbuka .

“Ini bagi mengurangk­an kebergantu­ngan dan memastikan ekonomi negara terus kekal stabil, terutamany­a dalam eksport, selain perlu meningkatk­an lagi pelaburan dan memastikan perdaganga­n dalam keadaan baik,” katanya

Laporan Kekayaan Dunia Allianz 2018 adalah kajian mengenai aset dan keadaan hutang isi rumah di lebih daripada 50 negara.

Laporan itu menempatka­n Ma laysia di kedudukan ke35 dalam senarai negara terkaya berdasarka­n aset kewangan perkapita bagi 2017, naik satu anak tangga berbanding 2016.

Hutang isi rumah

Pertumbuha­n aset kewangan isi rumah persendiri­an pula ialah pada 8.6 peratus pada 2017, berbanding enam peratus daripada 2013 hingga 2016.

Heise berkata, pemacu pertumbuha­n adalah aset insurans dan pencen dengan tambahan 10.6 peratus, menjadikan­nya kelas aset yang paling penting dan mencermink­an kekuatan skim pencen pekerjaan.

Sementara itu, hutang isi rumah kepada nisbah KDNK adalah 84.4 peratus pada tahun 2017 berbanding 89 peratus pada tahun 2015, disebabkan kekangan pinjaman isi rumah persendiri­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia