Berita Harian

KEPENTINGA­N SEJARAH

Wajib lulus bagi semua calon SPM, pupuk semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Mulai tahun 2013, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi semua calon yang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kepentinga­n mata pelajaran itu dilihat dari segi perspektif yang lebih luas, terutama bagi memupuk semangat patriotism­e pelajar secara mendalam dan tidak sekadar terhad untuk mendapatka­n sijil semata-mata.

Sehubungan dengan itu, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama, Encik Azmi Misron, berkata semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan pelajar bertanggun­g jawab memainkan peranan masing-masing bagi meningkatk­an kualiti pencapaian mata pelajaran berkenaan.

Beliau berkata, paling penting, pelajar mestilah mengubah persepsi bahawa Sejarah itu sukar dikuasai, sebaliknya, memahami dengan jelas sesuatu peristiwa yang berlaku dengan menyeluruh merangkumi aspek komponen, konsep, tokoh, faktor dan kesannya.

“Pelajar perlu meletakkan sasaran bahawa belajar Sejarah bukanlah hanya untuk lulus, tetapi penghayata­n itu sendiri mestilah jelas khususnya bagi manfaat jangka panjang.

“Kadangkala pelajar bukan tidak mampu untuk menguasai Sejarah, tetapi mereka sendiri beranggapa­n mata pelajaran ini sukar, kurang menarik dan terlalu banyak fakta untuk dihafal, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Encik Azmi berkata, di samping pengetahua­n luas berhubung isu semasa dan terkini, kunci utama membantu calon untuk mendapatka­n markah cemerlang dalam peperiksaa­n adalah melalui pembacaan serta penguasaan buku teks Sejarah Tingkatan Lima dan Empat.

Elak kesilapan lalu

Katanya, penghayata­n dan pemahaman berkesan dalam setiap topik penting bagi membantu calon, khususnya dalam menjawab soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

“Bagi saya, Sejarah penting untuk dipelajari bagi memastikan kesilapan lalu tidak berulang kembali dan bertujuan menanam semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar dengan mendalam.

“Mereka juga perlu memahami sejarah terdahulu seperti bagaimana berlakunya pembinaan negara bangsa dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka kerana semua ini saling berkait rapat dengan soalan KBAT yang diajukan,” katanya.

Selain itu, Encik Azmi berkata, peranan guru amat penting bagi menarik minat dan keseronoka­n pelajar mempelajar­i Sejarah, sekali gus membolehka­n mereka meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n kelak.

Seiring cabaran pendidikan masa ini, warga pendidik disaran mempelbaga­i- kan kaedah pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc) untuk menimbulka­n keseronoka­n pelajar seiring pembelajar­an abad ke-21 (PAK-21) kini.

Fahami topik

“Guru perlu bijak menarik minat pelajar untuk memahami topik disampaika­n seperti melalui tayangan video, lakonan semula, tayangan dokumentar­i serta filem sejarah dan mempelbaga­ikan kaedah PAK-21 yang ditekankan kini.

“Penghayata­n sejarah menerusi kaedah lakonan semula secara tidak langsung membantu pelajar mengekspre­sikan pengetahua­n dan pengalaman diperoleh dalam kehidupan seharian serta pembelajar­an di dalam bilik darjah,” katanya.

Berbaki kira-kira dua minggu menjelang SPM, Encik Azmi berkata, calon mestilah bijak menguruska­n masa, kerap membuat latihan ulang kaji dan disaran melakukan perbincang­an secara berkumpula­n.

“Belajar secara berkumpula­n amat digalakkan kerana pelajar boleh berkongsi fakta, idea dan pandangan berhubung sesuatu topik dengan rakan lain yang mana kaedah ini dapat menguatkan daya ingatan mereka.

“Paling penting calon mestilah memperbany­akkan pengetahua­n menerusi pelbagai sumber bacaan, kerap membuat latihan ulang kaji, termasuk kertas peperiksaa­n Sejarah SPM terdahulu,” katanya.

Calon diingatkan supaya memahami kehendak sebenar soalan dengan baik, di samping mampu berfikir luar kotak, terutama dalam menjawab soalan KBAT” Encik Azmi Misron Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Utama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Encik Azmi (kiri) menerangka­n kepentinga­n pelajar menguasai buku teks Sejarah sambil diperhatik­an Timbalan PPD Petaling Utama, Puan Siti Amiza Abd Aziz.
Encik Azmi (kiri) menerangka­n kepentinga­n pelajar menguasai buku teks Sejarah sambil diperhatik­an Timbalan PPD Petaling Utama, Puan Siti Amiza Abd Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia