Berita Harian

Syamsul tak goyah

Tetap bersemanga­t hasilkan Munafik 3 meskipun filem terbaru jadi mangsa rompakan digital

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Penggiat filem mana yang tidak terkesan dan ralat apabila karya hasil titik peluh mereka dirompak begitu sahaja oleh pihak tidak bertanggun­gjawab? Perasaan yang sama turut dirasai pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang kecewa apabila filem Munafik 2 turut menjadi mangsa. Bukan hanya Munafik 2 yang disebarkan tanpa kebenaran oleh sesetengah individu, malah filemnya sebelum ini, Muna

fik, turut tidak terkecuali menjadi mangsa perbuatan pihak tidak bertanggun­gjawab itu.

Namun, semua yang berlaku belum mematahkan semangat anak kepada produser terkemuka, Datuk Dr Yusof Haslam, itu untuk menghasilk­an filem susulan, Munafik 3, tahun depan.

Baginya, Munafik tidak hanya sekadar karya agungnya, malah ia mempunyai kelompok pengikut tersendiri membuatkan Syamsul nekad untuk terus berkongsi ilmu dan paparan bermanfaat menerusi siri filem itu.

Masih hangat diperkatak­an

Syamsul yang mula mengarah filem sejak 2007 menerusi

Evolusi KL Drift memaklumka­n, dia sudah mempunyai jalan cerita yang ingin dipaparkan dalam judul ketiga Munafik itu.

“Munafik 2 mencipta sejarah yang tersendiri dan pencapaian itu membuatkan saya berkobarko­bar untuk terus menghasilk­an siri terbaru filem ini.

“Saya bagaimanap­un, tidak akan menghasilk­an susulan filem itu dalam masa terdekat memandangk­an momentum

Munafik 2 masih lagi tinggi.

“Jadi, biarlah ada sedikit jarak antara dua filem itu nanti. Melihat sambutan yang cukup luar biasa diterima daripada penonton tempatan dan maklum balas positif daripada penggemar filem Indonesia, ia membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk meneruskan usaha ini,” katanya.

Dua lagi filem menanti

Sibuk dengan pembikinan filem epik, Mat Kilau, yang tertangguh lebih tiga bulan, sutradara berusia 34 tahun itu tidak mahu dilihat terlalu mengejar keuntungan tanpa memikirkan soal kualiti karya garapannya.

Justeru, dia berusaha memastikan usaha terbarunya itu nanti menjadi karya yang ditunggutu­nggu penonton. “Insyaallah, saya akan mulakan penggambar­an filem

Munafik 3 pada tahun depan dan ia mungkin ditayangka­n pada 2020 nanti.

“Saya tidak mahu ‘mematikan’ momentum Munafik 2 yang masih hangat diperkatak­an. Ketika ini, saya memberikan dahulu fokus kepada Mat Kilau.

“Saya juga mempunyai sebuah lagi filem yang perlu dihasilkan. Jadi, saya ingin fokus kepada dua karya ini dahulu sebelum kembali ke lokasi Munafik 3,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia