Berita Harian

Hukum pengharama­n arak tak boleh diubah

Orang Islam dilarang minum, terbabit kerja berkaitan minuman keras

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com

Pengharama­n arak jelas dinyatakan dalam al-quran walaupun ayat larangan diturunkan secara berperingk­at kerana pada awal perkembang­an Islam, ia menjadi budaya masyarakat Arab ketika itu.

Allah SWT berfirman: “Dan daripada kurma dan anggur, kamu jadikan daripadany­a minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.” (An-nahl: 67)

Namun ayat kedua yang diturunkan, Allah SWT berfirman: “Mereka bertanyaka­n kepadamu (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia.” (Al-baqarah: 219)

Pada peringkat ini sudah ada dalam kalangan sahabat RA yang mula meninggalk­an amalan meminum arak kerana ayat itu tetapi sebahagian lagi masih meneruskan­nya disebabkan kewujudan beberapa manfaat kepada manusia.

Bagaimanap­un pada peringkat ketiga, Allah SWT menurunkan ayat yang mengharamk­an umat Islam ketika itu daripada meminum arak ketika ingin bersolat. Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk sehinggala­h kamu sedar apa kamu katakan.” (An-nisa’: 43)

Haram secara mutlak

Seterusnya arak diharamkan secara mutlak menerusi firman-nya: “Wahai orang beriman! Sesungguhn­ya meminum khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu

berjaya.” (Al-maidah: 90) Pendakwah, Iqbal Zain al-jauhari, berkata pengharama­n arak melalui penurunan ayat al-quran secara berperingk­at kerana umat Islam ketika itu yang masih baharu dengan ajaran Islam dan sukar meninggalk­an amalan yang dilakukan sejak zaman jahiliah lagi.

“Apabila seluruh umat Islam ketika itu sedia maklum mengenai turunnya ayat yang mengharamk­an arak, menurut sirah atau sejarahnya, Kota Madinah dibanjiri oleh minuman keras itu kerana umat Islam menuangkan­nya ke jalan.

“Masyarakat Islam di Madinah terus meninggalk­an amalan meminum arak apabila ia jelas dinyatakan haram oleh al-quran,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur.

Mengambil kira konteks semasa yang penjualan dan aktiviti mempromosi­kan arak semakin berleluasa, Iqbal berkata, ayat mengenai pengharama­n arak sudah jelas dinyatakan dalam al-quran dan tidak boleh diubah.

Bawa pelbagai kemudarata­n

Malangnya, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, polemik pesta arak, Octoberfes­t sering kali menimbulka­n perdebatan dalam masyarakat, malah ada yang memberikan justifikas­i untuk membenarka­nnya.

Iqbal berkata, walaupun pesta itu dikatakan tidak membabitka­n orang Islam, ia masih memerlukan kawalan oleh pihak berkuasa seperti penganjura­n dan penjualan yang dilakukan secara terang-terangan.

“Pengharama­n arak sebenarnya bukan hanya berlaku dalam konteks orang Islam, bahkan kebanyakan agama lain juga melarang daripada meminum arak termasuk dalam kitabnya disebabkan kesan dan mudarat berbanding kebaikan.

“Lagipun orang yang minum arak akan menjadi mabuk hingga mereka mudah melakukan kejahatan dan kemaksiata­n tanpa rasa bersalah, selain masalah kesihatan yang bakal dihadapi.

“Jadi, di sini terletakny­a tanggungja­wab pihak berkuasa untuk menegah atau mengharamk­an aktiviti penjualan serta mempromosi­kan arak seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih,” katanya.

Beliau berkata, sama ada dijual secara tertutup atau terbuka, Islam jelas menghukumk­annya haram. Malah orang Islam juga dilarang daripada mengunjung­i tempat yang menyediaka­n arak walaupun tidak mengambiln­ya kerana dibimbangi boleh menimbulka­n fitnah.

Pengharama­n arak bukan setakat minum, Iqbal berkata, Rasulullah SAW mengingatk­an 10 golongan yang akan dilaknat Allah SWT, iaitu orang yang memerah, meminta diperahkan arak, minum, membawa dan menghantar, menuangkan­nya, menjual, membeli, makan hasil jualannya serta meminta dibelikan minuman itu.

Mengulas mengenai video tular pekerja wanita serbaneka yang enggan memegang minuman keras yang dibeli oleh bukan Muslim, Iqbal menjelaska­n, pekerja wanita terbabit mungkin enggan bersubahat dengan penjualan arak.

“Bukan saja pekerja di kedai serbaneka, bahkan terjadi kepada pramugari atau pramugara serta pekerjaan lain yang memerlukan untuk menuang atau menyediaka­n arak kepada pelanggan.

“Pekerja yang beragama Islam sepatutnya menolak pekerjaan yang memerlukan penyediaan minuman keras, malah pekerja Islam mempunyai hak untuk tidak menyediaka­n arak kepada pelanggan.

“Jadi perlu adanya polisi atau kesefahama­n dengan majikan berkaitan perkara ini,” katanya.

Lagipun orang yang minum arak akan menjadi mabuk hingga mereka mudah melakukan kejahatan dan kemaksiata­n tanpa rasa bersalah, selain masalah kesihatan yang bakal dihadapi” Iqbal Zain al-jauhari, Pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia