Berita Harian

Polis Thailand rampas dadah RM295 juta

13 suspek berkaitan kes ditangkap, enam babitkan serbuan

-

Polis Thailand merampas lebih daripada 22 juta pil methamphet­amine di wilayah utara Chiang Rai, berhampira­n sempadan Myanmar dalam satu operasi dadah besarbesar­an terbaru.

Menurut polis, lebih 12.2 juta pil dikenali sebagai ‘yaba’ atau ‘dadah gila’ dirampas Sabtu lalu dan 10 juta lagi pada Ahad.

Nilai sebenar rampasan tidak didedahkan namun berdasarka­n anggaran rampasan terdahulu, nilainya mungkin mencecah 2.35 juta baht (RM295 juta).

Polis dan Biro Pengawasan Narkotik menunjukka­n dadah yang dibungkus kemas di dalam beg baja, setiap satu mengandung­i 400,000 pil, bersamasam­a dengan rampasan dadah lain dari tujuh kes sepanjang dua minggu lalu.

Ini termasuk 100 kilogram meth kristal, 1.8 tan ganja dan 8 kilogram kokain.

Menurut polis, sejumlah 13 suspek berkaitan kes itu ditangkap, enam daripadany­a membabitka­n serbuan, Sabtu lalu.

Tiga lelaki ditangkap

Dalam laporan laman web Bangkok Post, tiga lelaki dikenali sebagai Withoon Piyapipatt­arakul, 35, Witthaya Wongbuncha­ilert, 32 dan Awichart Songsitthi­chaoren, 33 adalah antara yang ditangkap pada Sabtu lalu.

Difahamkan, polis menerima maklumat bahawa sejumlah besar dadah dari daerah Phaya Mengrai akan diseludup ke Chiang Rai tengah oleh sekumpulan pengedar dadah dan menghantar pasukan untuk memantau laluan penyeludup­an.

Dalam operasi Ahad lalu, polis merampas dadah yang ditinggalk­an selepas mengejar sebuah trak pikap yang enggan berhenti ketika mengadakan sekatan jalan. Sehingga kini siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, polis Vietnam turut mematahkan sindiket dadah apabila berjaya merampas methamphet­amine yang dianggarka­n bernilai AS$3 juta (kirakira RM12 juta).

Dua lelaki yang membawa trak berjaya melepaskan diri tetapi salah seorang daripada mereka ditahan.

Suspek itu seorang warga Laos berkata dia dijanjikan AS$10,000 (kirakira RM40,000) untuk menghantar dadah berkenaan ke bandar raya Danang, sebuah hab pelanconga­n di Vietnam.

Polis masih menyiasat seorang lagi suspek warga Vietnam, semalam.

 ??  ?? Polis Thailand merampas 22 juta pil methamphet­amine di wilayah utara Chiang Rai, baru-baru ini.
Polis Thailand merampas 22 juta pil methamphet­amine di wilayah utara Chiang Rai, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia