Alessandra Ambrosio

All About Ale

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh Gill Pringle

AMI BERTEMU DI SEBUAH BEACH HOUSE DI MALIBU, CALIFORNIA UNTUK PENGGAMBARAN EKSKLUSIF COSMOPOLITAN INI. WAKTU ITU, DIA SEDANG DIKELILINGI GLAM SQUAD YANG SIBUK MENDANDAN RAMBUTNYA DAN MENGOLES SHIMMERING BRONZER DI PIPINYA DALAM MASA YANG SAMA. DIA HANYA DUDUK MELAYAN FACETIME DENGAN ANAK GADISNYA, ANJA YANG BERUSIA LAPAN TAHUN DALAM BAHASA PORTUGIS SAMBIL MENIKMATI DULCE DE LECHE CHEESECAKE. KEESOKAN HARINYA, DIA AKAN KE BERLIN UNTUK SESI PENGGAMBARAN KEMUDIAN KE MADRID PULA. JADI DIA GUNAKAN MASA YANG ADA UNTUK MEMAKSIMUMKAN MOM TIME DAN TAK LAMA KEMUDIAN, PEMBANTU MENGHANTAR ANAK LELAKINYA YANG BERUSIA EMPAT TAHUN KE RUMAH YANG DIDUDUKINYA BERSAMA TUNANG, JAMIE MAZUR, TIDAK JAUH DARI SET PENGGAMBARAN INI.

KDia bertemu usahawan vintaj jeans itu sembilan tahun lalu. Berbadan dua tidak lama selepas berkenalan, perkembangan yang tidak disangka itu mencipta perubahan gaya hidup yang besar kerana mereka mula mengenali satu sama lain ketika temu janji prenatal. “Saya sangat gembira. Saya mahukan anak pada umur 20. Jadi usia 26 tahun sudah terlambat buat saya! Saya rasa ia masa terbaik untuk hamil dan untuk berehat selama setahun. Victoria’s Secret amat memahami dan bertolak ansur dengan pembekuan kontrak saya dan kembali modeling bila sudah bersedia. Jadi saya tak terlalu risau tentang kerjaya,” kata model berketinggian lima kaki 9 inci yang lebih mesra disapa sebagai Ále – juga nama koleksi pakaian renang terbarunya berkonsepkan seksi bohemian.

Bernasib baik, dia menemui ying sempurna buat yang dirinya dalam Mazur. Mazur seorang yang kelakar, dia pula serius. Mazur gemar memasak, dia pula tidak. Mazur perkenalkan yoga kepadanya dan ia berubah menjadi satu minat yang dikongsi bersama. Pada awal perkenalan, Mazur berpindah masuk ke

penthouse miliknya di Manhattan’s Murray Hill sementara mereka mencari rumah sesuai untuk bina keluarga di Los Angeles.

“Saya berpindah ke L.A semasa mengandungkan anak pertama kerana Mazur dan keluarganya juga menetap di sini. Sebelum bertemunya pun saya sering memasang angan-angan untuk menetap di California. Bila mengandung, saya terfikir, ‘Oh, inilah masa paling tepat untuk berpindah,’ memandangkan saya juga pada ketika itu sedang mencari rumah di L.A,” kata Ambrosio yang sering berada dalam senarai top 10 highest-paid models.

Menariknya, pasangan ini berkongsi tarikh hari lahir yang sama iaitu pada April 11, 1981. Mereka pasangan yang bahagia walaupun belum berumah tangga. “Saya akan berkahwin satu hari nanti. Cuma ia bukanlah perkara teratas dalam senarai saya. Kami sudah bertunang selama lapan tahun dan amat bahagia. I have a lot of other things going on, dan saya masih belum berkahwin kerana jadual sangat sibuk. Bila saya mempunyai masa untuk bercuti dan berehat, saya akan fikir tentangnya.”

Keengganan dia untuk berkahwin bukanlah disebabkan dia tidak bersedia atau tidak mencintai, tapi dia mahu perasaan sedang dalam berbulan madu itu berpanjangan. Jika dilihat menerusi Instagram, fotofoto pasnagan ini memberitahu segalanya – mereka berciuman, memeluk kedua-dua anak mereka atau berjalan memegang tangan di tepi pantai ketika matahari terbenam berserta caption, “The power of love.”

“Perkara paling saya suka adalah complicity. Apabila mempunyai

complicity dengan pasangan, saya hanya perlu memandangnya dan tidak berkata apa-apa – tetapi kami memahami satu sama lain.” Bila ditanya tentang anak ketiga, dia menjawab, “Mungkin. Ia bergantung kepada keadaan. Kami berserah dan lihat pada keadaan. Suasana seperti sekarang ini sudah sempurna buat saya.”

Dia jatuh cinta dengan lelaki dan dunia modeling pada masa yang sama. “Saya sangat muda. Saya berusia 14 tahun ketika kali pertama jatuh cinta.” Pada masa sama, dia merupakan finalis pertandingan Elite

Model tahun 1996 yang dianjurkan di negara kelahirannya, Brazil dan dengan serta merta dia menghiasi setiap pentas peragaan antarabangsa dan menjadi gadis muka depan setiap majalah.

“Hari ini, saya rasa ada pelbagai kategori cinta yang berbeza-beza. Menjadi seorang ibu, kamu mengalami satu perasaan cinta yang baru dan lebih mendalam. Ada cinta kepada keluarga, cinta kepada kekasih, cinta kepada tunang dan akhirnya apabila kamu mempunyai anak, cinta itu berubah kepada

unconditional love. Indahnya cinta bila kamu boleh mencintai pelbagai perkara yang berbeza.

“Saya mengembara sepanjang masa. Jadi saya rasa ia membantu menghidupkan api asmara itu kerana kami tidak selalu bersama. Saya bukan wanita yang sentiasa ada di rumah setiap masa.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.