You! You! You! Relationship

Fantasi: Perlukah Kamu Realisasikannya?

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh Iqa Norhizam

Seks sedikit sebanyak adalah tindakan imaginasi dan hubungan intim bersama suami yang memerlukan perkara baru serta fantasi untuk pastikan kehangatannya kekal membara. Bila bercakap mengenai seks, ia tidak seharusnya mundur dengan gerakan sama setiap masa. Sebab itulah fantasi dan imaginasi sangat penting dalam perkahwinan. Menggunakan imaginasi sebenar adalah kunci kepada orgasma yang hebat. Cuba tip yang Cosmo kongsikan ini.

BAYANGKAN DIRINYA SANGAT SEMPURNA

Kedengaran pelik tapi berkesan! Kamu ‘membentuk’ pasangan dengan cara kamu melihatnya. Dengan mengidealkan kualiti yang suami kamu ada, secara tak langsung kamu menambahkan ‘aset’ si dia. Manusia sering berkembang dalam cara mereka melihat satu sama lain terutamanya orang yang mereka cintai. Minda kita sebenarnya tidak berupaya untuk tidak mengganggu apa yang kita lihat dan selalunya gangguan itu adalah sesuatu yang negatif. Jadi lebih baik kamu tukar imej suamimu kepada yang lebih positif yang boleh beri kelebihan kepada hubungan intim kalian. Memikirkan bahawa suami kamu lebih baik daripada dirinya yang sebenar merupakan salah satu rahsia kepada perhubungan yang bahagia. Jadi, setiap kali sebelum beraksi, cuba bayangkan dirinya seperti David Beckham yang tubuh mempunyai six packs – walaupun pada hakikatnya suami kamu hanya ada one pack!

BERFANTASI TENTANG SUAMI KAMU

Fokus pada kekuatan mereka dan biar imaginasi kamu bekerja. Ia akan menghasilkan haba – satu bentuk tenaga yang boleh buatkan kalian lebih rapat. Laburkan daya cipta dan

kreativiti kamu dalam hubungan intim. Jadikan suami kamu pelakon utama dalam drama seksual kamu. Untuk pastikan fantasi kamu mampu perhebatkan lagi hubungan intim dan bukan ‘membunuhnya’, lakukan satu ujian mudah. Tetapkan masa satu minit kemudian berfantasi tentang suami kamu. Lihat, dengar dan rasa dirinya lakukan perkara yang kamu suka. Apabila satu minit tamat, tanya pada diri sendiri – adakah kamu rasa lebih hangat? Lebih berahi? Jika ya, bermakna fantasi kamu membakar keinginan seksual kamu. Jika kamu tidak pasti apa yang seharusnya kamu berfantasi, kamu boleh adaptasi beberapa adegan panas daripada filem Fifty Shades of Grey. Masa inilah kamu boleh go wild with your imagination. Pasti seronok!

DRESS UP

Ini adalah peluang kamu untuk jadi kreatif dan berseronok. Memang tidak dinafikan sangat selesa untuk kamu sarungkan pijama atau kaftan untuk tidur malam. Ladies, sentiasa ingat bahawa lelaki bertindak balas kepada isyarat visual. Adakah memakai kaftan akan berikan visual memberahikan kepada suami kamu? Tentunya tidak! Jadi jika kamu mahu perhatiannya, tariknya menggunakan visual. Ia sangat penting ya. Kamu juga boleh cuba play role. Pasti imaginasi suami membuak-buak melihat kamu dalam persalinan serba seksi dan menggoda.

Cosmo pasti dia akan terliur melihat kamu dan terus ‘terkam’ kamu di atas ranjang nanti.

LUAHKAN KEPADANYA

Kalau kamu tak bercerita, bagaimana dia nak tahu, kan? Kongsi sexual daydreams kamu dengan suami. Ia umpama mencuba juadah eksotik bersama. Jadikan pengembaraan tersebut berterusan dan berepisod dengan penuh kejutan serta klimaks. Membangkitkan senario mencabar adalah cara terbaik untuk kekalkan keterujaan dalam hubungan intim. Lebih hebat jika kamu cerita sambil lakonkannya. Erotic role-playing adalah cara untuk ‘raikan’ dua anugerah yang terdapat dalam diri iaitu imaginasi dan seksualiti. Perkara paling penting untuk kamu ingati ialah tiada istilah wrong fantasy. Tapi tidak semua fantasi boleh dijadikan realiti. Kamu juga perlu bersikap realistik. Jika ia memuaskan kamu tapi menyakitkan suamimu, Cosmo sarankan kamu kurangkan sedikit konteks imaginasi kamu.

SEKS 72 JAM

Jangan risau! Ia bukan berkenaan pecah rekod atau pertandingan siapa menang dan siapa kalah. Maksud Cosmo ialah kamu perlu bersetuju untuk lakukannya sekurangkurangnya tiga hari sebelum. Apabila kamu dan suami sudah buat keputusan, kamu akan dapat satu sesi seks yang kuasanya tidak boleh dihentikan serta satu hubungan yang sangat mendalam. Ia adalah satu cara untuk lanjutkan kesedaran seksualiti kamu dan memperoleh tenaga daripada kamu berdua. Tantra adalah praktis kesedaran seksual yang menyarankan kamu tunggu 72 jam selepas membuat keputusan untuk lakukan seks. Ia melambatkan kepuasan dan memberikan jangkaan serta pengalaman yang sangat berahi. Berfantasi tentang satu sama lain selama 72 jam membuatkan setiap minit berharga. Apabila tiba masanya untuk kamu beraksi, ia bagaikan letupan bom di kamar kamu, seperti adegan filem Mr & Mrs Smith!

Pikat pandangannya dengan lingerie seksi. Cosmo pasti dia tak mampu tolak!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.