Lust Haves (Beauty)

Cantik Di Dapur.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1. GINGERY GOODNESS

Innisfree Ginger Oil Skin, RM105, menguatkan pertahanan kulit dengan halia dari Jeju. Minyak halia yang mikro-halus meresap dengan baik untuk menghidrat dari dalam.

2. BADAM MANIS

Origins Plantscription Powerful Lifting Overnight Mask, RM270. Kamu mahu tidur dengan yang ini kerana terdapat bahan aktif, alga merah dan ekstrak badam manis di dalamnya yang mengangkat dan menganjal kulit kala kamu tidur!

3. AROMA HERBA

Three Balancing Cleansing Oil, RM175. Minyak rosemary antara kandungan pembersih ini selain minyak bergamot, marjoram, oren mani, jojoba, biji teh, rosehip dan argan untuk membersih dengan baik. Terbayang pula rosemary chicken… Yums!

4. DIET KULIT

Laneige Water Bank Gel Cream, RM150, mampu menembusi 20 lapisan kulit untuk mengaktifkan lembapan. Ekstrak winter cypres polysaccharide dan quinoa menyegar, melega dan kaya mineral dan nutrien. Siapa-siapa yang nak kurus tu, makanlah quinoa dengan salad ya.

5. HELLO YELLOW

Kiehl’s Turmeric & Cranberry Seed Energizing Radiance Masque, RM138. Seperti mana kunyit digunakan untuk menyerikan semula wajah yang kusam dan letih, yang ini juga sama dibantu oleh biji kranberi yang bertindak menyental kekusaman daripada wajah kamu.

6. CERAH DENGAN CENDAWAN

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System Freshener, RM129. Selain mengandungi kompleks utamanya ia turut dibantu oleh ekstrak cendawan yang enzimnya membantu menyucikan dan lebih mencerahkan kulit. Masak cendawan hari-harilah kalau begitu!

7. GINSENG POWER!

Sulwhasoo Snowise Brightening Serum, RM650, mengandungi herba berkuasa dan berharga, ginseng putih, untuk tingkatkan kolagen, menghilangkan kusam dan menyahwarnakan kulit. Hebatlah kamu kalau ada ginseng putih di rumah… Bukan calangcalang spesies ya!

3

1

2

4

7

6

5

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.