Projek Dekor Aidilfitri

Cantikkan kediaman lebaran ini dengan tip Cosmo.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Tak semestinya kamu perlu beli perabot baru, ada kalanya sedikit sentuhan seni dapat mengubah wajah perabot sedia ada kepada yang lebih segar dan tampak baru. Idea dekor Cosmo: Tukar warna dinding dan wallpaper atau sapukan varnis pada perabot kayu. 2 Warna pastel adalah pilihan terbaik untuk kediamanmu. Ronanya lembut dan menenangkan, sekali gus, buatkan ruang rumah kamu tampak luas. Idea dekor Cosmo: Elakkan cat kediaman dalam rona sedondon dengan baju raya kamu ya! 3 Untuk beri sentuhan segar pada ruang tamu atau dining area, apa kata kamu letak gubahan bunga kerana ia mampu beri sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Idea dekor Cosmo: Gunakan bunga segar seperti tulip atau hydrangea. Gantikan bila sudah layu. 4 Kebersihan adalah perkara paling penting. Tak guna jika kamu menghias kediaman dengan perabot cantik dan mewah tapi setiap sudut berhabuk dan lantai tak dimop dengan bersih. Ini bukan kategori fearless girl okey! Idea dekor Cosmo: Kumpulkan ahli keluarga dan bersihkan kediaman bersama-sama. The more the merrier! 5 Elakkan mood suram ditambah dengan bauan yang tidak menyenangkan di setiap ruang. Idea dekor Cosmo: Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar. 6 Jangan lupa tentang pencahayaan. Ia elemen penting untuk hidupkan dekorasi. Lagipun, pasti kamu mahu muat naik gambar Aidilfitri berlatarbelakangkan dekorasi kediamanmu, kan? Idea dekor Cosmo: Kamu boleh letakkan lampu perhiasan di tiga lokasi seperti kabinet TV, meja konsol atau di sudut ruang makan. 7 Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya kamu juga akan tampak lebih menyelerakan. Idea dekor Cosmo: Cuba tambah dekorasi di atas meja seperti kuntuman bunga dalam pasu kecil. Harumnya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.