Trik Dapatkan Tiket Penerbangan Murah

Tip berguna untuk kamu!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

ANGGAR MASA PROMOSI

Bukan rahsia besar lagi, syarikat penerbangan akan memaklumkan pembeli bila membuat promosi. Bila tiket murah habis, mereka akan mula jual tiket mahal pula. Semua orang tahu. Jadi pada siapa syarikat penerbangan akan promosikan terlebih dahulu ? Tentulah pada keluarga, saudara dan kenalan mereka yang sign- up newsletter. Yang pastinya kena rajin buka e-mel okey?

GUNAKAN KAYAK EXPLORE

Tool menarik untuk kamu berangan, tapi bukanlah angan-angan Mat Jenin kerana ia boleh dicapai. Klik saja www. kayak.com/explore. Kenapa Cosmo rasa kamu akan berangan bila guna aplikasi ini? Bila tengok world map dengan harga tambang murah, perasaan bercuti mulalah membuakbuak. Inilah masanya untuk pusing satu dunia!

NAIK KAPAL TERBANG BERBEZA

Maksud Cosmo, jangan buat tinjauan untuk satu syarikat penerbangan saja. Survey kesemua yang menawarkan penerbangan ke destinasi yang kamu ingin tuju sebelum membeli tiket. Misalnya kamu memilih MAS untuk berangkat ke destinasi dan pulang menaiki Air Asia. Survey okey! Kadangkala menaiki kapal terbang yang berbeza lebih berbaloi.

GUNAKAN SEARCH ENGINE PENERBANGAN

Mengapa bersusah-payah buka laman web syarikat penerbangan satu persatu untuk bandingkan harga? Buang masa. Sekarang sudah ada perkhidmatan online dan percuma! Bagaimana nak bandingkan tiket penerbangan murah di pelbagai destinasi seluruh dunia? Muat turun aplikasi seperti Skyscanner, senang dan efisien!

INCOGNITO ATAU PRIVATE BROWSING

Pernah tak tinjau harga tiket pada waktu pagi? Ia lebih murah kerana tak ramai yang survey pada awal pagi seperti waktu subuh. Ini trik teknikal sebenarnya. Bila kamu layari laman syarikat penerbangan, mereka akan letakkan cookies ke dalam komputer dan boleh ketahui di mana lokasi kamu dan maklumat web browser. Dengan cara itu, syarikat penerbangan tahu kamu sebenarnya berminat membeli tiket tetapi masih belum yakin atau mungkin tak cukup bajet. Jika kamu tak lakukan aktiviti pada lewat malam seperti keluar dengan dengan teman-teman, bolehlah cari tiket kapal terbang ke destinasi percutian!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.