Fashion Feature

Revolusi Baju Raya Dulu & Sekarang.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Zaman sudah berubah. Kalau dulu baju raya merupakan persalinan istimewa di pagi raya, tapi kini semua berlumba-lumba memperagakan baju raya mereka. Baju siapa lagi cantik, jenama apa, beli di mana, semua itu diambil kira. Disebabkan itulah, kita lihat kini semua pun boleh jadi pereka fesyen dan ia tumbuh bagaikan cendawan di Instagram. Secara tak langsung, ia memberi peluang perniagaan kepada orang lain untuk mencari rezeki menyambut Hari Raya.

Kalau kita teliti kembali, trend menghantar kain ke tukang jahit kian pupus juga. Kebanyakannya lebih gemar membeli baju secara online atau yang ready- made. FashionValet ( FV), portal online shopping popular Malaysia mempunyai sekitar 600 jenama di bawah sayap mereka. It’s a platform for new brands to get started in the local fashion scene.

Tak kurang juga dengan Zalora. Apabila Zalora mula memperkenalkan koleksi kolaborasi bersama pereka fesyen nombor satu Malaysia, Rizalman pada 2013, ia merubah trend fesyen raya sekelip mata. People went crazy about it! Ia memberi kamu peluang untuk memakai rekaannya yang kalau tidak mencecah puluhan ribu ringgit.

Setakat mana kamu rela berhabis wang untuk membeli baju raya? Kalau dulu, dengan RM500 kamu boleh dapat dua pasang baju raya. Kini dengan RM500, kamu hanya mampu membeli sehelai saja baju raya – jika membeli-belah di butik sekitar Bangsar, Kuala Lumpur.

Bekerja untuk majalah memberi peluang untuk melihat dan meneliti sendiri helaian raya pereka fesyen. Jahitan kemas, rekaan menarik dengan kualiti tinggi menjadikan setiap sen berbaloi. Mereka berhabis masa, wang dan tenaga untuk mempersembahkan koleksi denganDNAjenamkolekkoleksiyangjituayang jitu dengan DNA jenama mereka dengan menghasilkan kempen menarik untuk tatapan kamu.

Tak dinafikan, trend baju raya sudah banyak berubah berbanding dulu. Baju raya kini lebih mudah untuk didapati dengan hanya menekan klik, kamu sudah pun membuat pembelian. Tak perlu berhimpit di tengah panas di jalan TAR untuk ‘memburu’ baju raya. Namun, kesempitan ekonomi sekarang yang semakin meruncing hendaklah diambil kira, jadi membelibelahlah secara bijak.

Arared

Kree

innaiRed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.