Fashion Radar

Moden, Tradisional & Everything In Between.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Jika selama ini kamu hanya kaitkan fesyen dengan Milan, London, Paris serta New York, ketahuilah India turut bangga dengan minggu fesyennya tersendiri yang dibawakan oleh Lakme, jenama kecantikan nombor satu India dan IMG Reliance, syarikat pemasaran serta pengurusan sukan dan hiburan ternama dunia. Lakme Fashion Week diadakan dua kali setahun sejak 15 tahun lalu pada bulan Mac dan Ogos dengan visi untuk mendefinisikan semula masa depan fesyen dan mengintegrasikan India ke dalam dunia fesyen global. Cosmo telah dijemput oleh Lakme sendiri bagi menyaksikan kemeriahan ini di hotel lima bintang ST. Regis, Mumbai. Sambil-sambil pasang mata mana tahu terserempak dengan Shah Rukh Khan ( jangan haraplah), apa yang boleh Cosmo katakan, pencinta fesyen di sana tak banyak beza dengan di KL, mungkin kerana kita berkongsi suhu 38 darjah celcius yang sama ketika itu. Rata-rata tampil santai namun bergaya ke acara lima hari yang meriah itu.

Karya Tempatan Beribu penyertaan diterima setiap kali dari serata dunia ( bukan India

saja) tetapi lebih kurang 60 penyertaan yang berjaya untuk mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan. Pereka terkenal, Rohit Bal diberi penghormatan untuk menampilkan pertunjukan grand finale Lakme Fashion Week, yang turut menampilkan pelakon terkenal dan duta Lakme, Kareena Kapoor. Rekaan Rohit dengan tema LFW tahun ini, ‘Illuminate’ memperlihatkan sartorial masterpieces dengan perincian yang menginterpretasikan cintanya terhadap warna dengan putih gading dan emas lembut. Rekaan kontemporari namun masih kaya dengan unsur tradisional itu berhasrat dapat menonjolkan keserian setiap wanita India. Turut mendapat perhatian adalah dialog antara Sabyasachi Mukherjee, pereka terkenal kelahiran India bersama Renzo Russo, ‘jeans genius’ dan pengasas jenama Diesel. Sabyasachi hi cuba mengupas kisah kejayaan Renzonzo yang telah memulakan kerjaya menjual jeans’ketika berusia 10 tahun.hun. Cosmo tertarik dengan pertunjukan n koleksi yang lebih tradisional seperti rti rekaan Payal Singhal dengan tema Sitara, Jayanti Reddy dengan SIAA,A, serta Anushree Reddy dengan Mughal India – kesemuanya mengingatkan kami pada filemfilem Hindustan dan sari serta lehenga heroin yang cantik-cantik. Kualiti serta rekaan kain sutera, chanderi, serakan warnanya… Memang teringat habislah pada semua lagu-lagu Mohabbatein, Kuchh Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Devdas!

Waluscha De Sousa untuk Saroj Jalan menampilkan koleksi Royal Harmony. Lehenga merah menyala sarat dengan sulaman emas. Ia dipadankan dengan

dupatta atau selendang Patola serta beg kantung merah dan aksesori tradisional.

2016

Pelakon, Sonakshi Sinha dalam rekaan Anita Dongre.

Sheetal Malhar di Lakme Absolute Grand Finale Summer Resort 2016. Siren Squad oleh Karn Malhotra dibawakan oleh Amy Jackson. Abstrak floral + Underwater daripada Farah Sanjana. Payal Khandwala Pelakon baru, Bhumi

Pednekar dalam busana daripada SVA, sandstone embellished bespoke lantern lehenga dengan jaket dan bustier

buatan tangan. Shivan & Narresh dengan Léger Leisure.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.