Hidangan Enak Syawal

Resipi pencuci mulut untuk tetamu.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - MAKARUN JAGUNG BAKAR oleh Suka Sucre

BAHAN-BAHAN: 125g badam kisar 225g gula aising 3 biji putih telur 60g gula 1/2 sudu teh krim Gel pewarna

1/2 sudu teh esen jagung

CARA MEMBUATNYA: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c. 2. Pukul putih telur sehingga lembut dan tambah gula secara sedikit demi sedikit sehingga menjadi seperti meringue. Masukkan esen jagung dan pukul perlahan hingga sebati. 3. Ayak gula aising dengan badam kisar dan masukkan ke dalam food processor. 4. Adun badam kisar bersama meringue perlahan-lahan hingga adunan jadi ringan dan gebu serta berkilat. 5. Tuangkan adunan ke dalam piping bag. 6. Picit piping bag hingga membentuk bulatan sebesar 50 sen di atas dulang ketuhar kamu. 7. Biarkan makarun kering selama 15 hingga 30 minit untuk membentuk. Rasa permukaan adunan dengan jari kamu. Apabila ia tak melekat pada jari, itu petanda ia ready to bake! 8. Bakar selama 10 minit kemudian buka pintu ketuhar selama 15 saat. Tutup semula pintu ketuhar dan bakar lagi selama 5 minit. 9. Biarkan sebentar makarun selepas dikeluarkan daripada ketuhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.