Beauty Buzz 2

Perlindungan Global Terbaik.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

PProduk ini bukan saja melindungi malah menyembuhkan kulitmu yang sudah sedia terdedah kepada sinaran UV merbahaya. Ia menggunakan teknologi baru iaitu WetForce dan SuperVeil-UV 360 khas buat produk pelindung sinar yang bertindak melindungi kulit daripada sinaran UV dan mempunyai kuasa dua kali ganda lebih berkesan apabila terkena air atau peluh.

Kamu biasa berdepan dengan kulit sunburn walaupun n selepas memakai suncreen sebelum memulakan harimu? ? Ini berlaku kerana kebanyakan produk pelindung sinar serta-merta hilang kuasanya apabila terkena air mahupun peluh. WetForce Sun Protection Cream ini merupakan produk terulung Shiseido yang bertindak balas dengan air atau peluh lebih baik dan memberi perlindungan sehingga 109 peratus. Ia juga tidak melekit pada kulit, tahan lebih lama dan senang dicuci selepas digunakan.

Sangat sesuai buat kamu yang gemar beraktiviti outdoor seperti berenang dan bersiarsiar di tepi pantai ataupun bersukan seperti Ana Ivanovic. Sebagai salah seorang ikon sukan bertaraf global, Ana sangat mementingkan penjagaan kulit wajah dan seluruh tubuh daripada cahaya matahari dan sinaran UV yang membahayakan.

Wujudnya Shiseido adalah untuk melindungi wanita dan kecantikan mereka, oleh itu kerjasama bersama Ana Ivanovic ini merupakan simbol kepada pencapaian lebih tinggi buat wanita dan jenama Shiseido sendiri.

n “Saya berharap saya dapat memberi inspirasi kepada setiap wanita di luar sana untuk meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai kesedaran terhadap pentingnya perlindungan kulit daripada selaran matahari dan sinar UV berbahaya juga keunikan Shiseido.” – Ana Ivanovic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.