Friendship

Cara Kekal Dalam Zon Platonik.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh Iqa Norhizam

Tak salah jika teman baik kamu adalah lelaki. Walaupun kamu selesa dengannya, tapi kamu perlu tahu friend code agar persahabatan ini tidak melampaui batas.

Salah satu ciri denominator wanita ialah sifat penyayang. Oleh kerana intimasi seksual tidak tersenarai dalam persahabatan platonik, wanita dan lelaki mempunyai kurang komplikasi emosi. Persahabatan seperti ini mempunyai kadar kejujuran dan self-reflection yang lebih tinggi berbanding persahabatan biasa – BFF

girlfriends. Tapi sering kali kita dengar (atau alami) situasi teman platonik luahkan perasaan lebih dari hanya kawan kepada teman baiknya yang berlainan jantina. Dan mereka juga sering buat persetujuan untuk berkahwin jika tidak mempunyai calon lain. Keluarga juga seolah merestui jika mereka mahu bersama, tapi sering kali ia lebih kepada situasi bertepuk sebelah tangan – dan ia janggal! Jadi apa yang menyebabkan mereka fikir terdapat proses ‘semula jadi’ daripada persahabatan platonik kepada perhubungan romantis? Ini enam petanda bahaya bahawa persahabatan platonik kamu dikompromikan.

1 Kamu Terlebih Bercanda

Flirting berlebihan dan kebiasaan seksual boleh membuatkan kamu secara tidak sedar melonggarkan sempadan seksual dalam persahabatan platonik kamu. Sangat penting untuk kamu berhatihati dengan jenis sentuhan seksual yang kamu berikan. Lebih penting lagi untuk kamu kekalkan perasaan hormat kepada satu sama lain dengan menghormati maruah dan ruangnya. Berhati-hati dengan intimate remarks yang boleh beralih kepada konteks seksual seperti ucapan, “I love you,” atau perbuatan seperti memegang tangannya atau memeluk serta menyandar di bahunya.

2 Kamu Sentiasa Mahukan Lebih

Terlalu banyak ikatan dan ditambah dengan terlalu bersikap memerlukan akan mengubah dinamik semula jadi sebuah persahabatan platonik. Jika kamu sering menghubunginya dengan kerap atau sentiasa mahu Face Time dengannya, kamu pasti akan melangkaui batas yang ditetapkan.

3 Kamu Berfantasi Seks

Berhati-hati untuk berfantasi perihal seks dengan teman platonik kamu. Ia boleh menjejaskan persahabatan dan mengakibatkan kekeliruan emosi. Terlalu banyak berangan dan berfantasi boleh berubah menjadi satu tabiat dan cipta ikatan yang tidak sepatutnya berlaku. Amat penting untuk kamu berhati-hati dengan had platonik kamu. Ia perkara yang tidak elok dan tidak sepatutnya kamu lakukan dalam persahabatan.

4 Lebih Teruk Lagi, Kamu Berbual Mengenai Seks

Kamu dan teman platonik bebas untuk berbual tentang apa jua topik daripada politik, kerja, keluarga ataupun masalah hubungan kamu dengan teman lelaki. Tapi kamu masih perlu berhati-hati dengan apa yang dibualkan. Tapis fikiran kamu supaya perbualan dan grafik seksual tidak termasuk dalam dialog tersebut ya. Memang tidak patut kamu bualkan perihal seks dengan teman platonik kamu. A big no!

5 Kamu Bercerita Dengan Semua Orang

Persahabatan platonik seharusnya menjadi sesuatu yang sangat peribadi. Jika kamu hebohkan kepada semua orang tentang persahabatan itu, ia akan menyulitkan keadaan atau mengkompromi persahabatan. Semua orang mempunyai pendapat mengenai platonic relationship. Tapi hanya pendapat kamu dan teman platonik kamu yang lebih penting. Mengetahui kumpulan rakan-rakannya adalah sesuatu yang normal dan semula jadi dalam mana-mana persahabatan. Tapi terlalu mendedahkan persahabatan platonik kepada orang lain akan hanya bahayakan persahabatan kamu.

6 Keliru Antara Romantis Dan Persahabatan

Your platonic friend is not a romantic friend! Perasaan kamu tidak seharusnya berubah menjadi cinta. Perasaan semula jadi kamu terhadap teman platonik – sokongan tanpa syarat dan chaste love – adalah sesuatu yang positif dan berinspirasi. Sentiasa ingat berapa pantas dan mudahnya emosi kamu boleh menjangkaui persahabatan platonik antara kamu dan dia.

Jika kamu berperasaan ataupun berkelakuan tidak sesuai dengan persahabatan tersebut, ambil masa untuk berjauhan seketika dan periksa unconscious behaviour kamu. Kemungkinan kalian tidak sedar akan perubahan halus pada konteks emosi kamu berdua. Sering berbincang tentang perubahan emosi adalah salah satu cara yang positif untuk kekalkan persahabatan platonik. Platonic were the highest level of relationship. Tapi tidak bermaksud ia boleh menjadi satu hubungan yang sempurna.

“Nanti upload di Instagram dengan tag # bestplatonicfriends ya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.