REVOLUSI PAKAIANSELESA

Pakaian bukan lagi sekadar helaian yang kamu sarung di tubuh. Uniqlo brings a whole new meaning in clothing dengan adanya konsep LifeWear. Tak percaya? Oleh Sri Azni Azran

Cosmopolitan (Malaysia) - - THE LOOK BOOK -

Pasti kamu pernah dengar ungkapan ‘The clothes don’t wear you, you wear the clothes.’ Namun hakikatnya kini, ratarata fesyenista gemar menyarung persalinan bergaya daripada mementingkan keselesaan. Nah, Cosmo berikan info paling terkini untuk kamu! Bukan saja boleh bergaya chic, tapi rekaan, potongan dan fabrik yang digunakan turut memberi keselesaan tertinggi. Jenama Uniqlo hadir dengan konsep LifeWear yang menekankan ciri-ciri functional tapi masih kekal stylish untuk kamu gayakan pelbagai musim, malah dalam cuaca Malaysia yang lembap dan panas sepanjang tahun. Menarik, kan? Can we have everything, please? Cosmo diterbangkan khas ke kota fesyen Tokyo, untuk menyaksikan sendiri previu koleksi pakaian Uniqlo iaitu LifeWear Musim Luruh/Sejuk 2016. Koleksi ini dipertontonkan kepada media yang hadir daripada seluruh dunia dengan real life mannequin sebagai model dalam situasi kehidupan harian sebenar. Tetamu yang hadir turut berkongsi idea dengan pameran koleksi LifeWear yang sebanyak sembilan kategori seperti Essentials, Work, Sport, Home, Kids & Baby, Magic for all, Hana Tajima for Uniqlo, Ines de la Fressange dan Carine Roitfeld. Penulis fesyen sempat mencuba jaket bulu daripada koleksi Carine Roitfeld x Uniqlo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.