PERKARA YANG SERING BERMAIN DI MINDA LELAKI

WALAUPUN MUNGKIN TERDAPAT BERIBU SOALAN, SI DIA RAGU-RAGU MAHU BERTANYA KERANA TAK MAHU SINGGUNG PERASAANMU. COSMO BERJAYA KUMPULKAN PERKARA YANG SERING MENJADI TANDA TANYA DALAM FIKIRAN LELAKI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Mengapa wanita lebih tertarik pada bad boy? Soalan ini sering bermain di kepala mereka. Bagi mereka, ramai saja jejaka baik hati yang akan menjaga perhubungan sebaik mungkin tapi mengapa wanita masih gilakan bad boy? Tak adil rasanya. Apakah perlu semua jejaka jadi bad boy untuk raih minat wanita?

Kenapa wanita rasa insecure dengan apa yang orang lain fikirkan tentang gambar mereka di media sosial? Jejaka rasa amat pening bila kamu anggap isu ini besar hingga boleh cetus perang dunia ketiga. Cuba chill dan berhenti merungut. Kamu yang memutuskan untuk post gambar tersebut di media sosial, jadi mengapa perlu rasa insecure?

Kriteria lelaki idaman? Kamu sering kongsi dengan si dia yang kamu mahu kekasih seromantik George Clooney, kacak bak John Mayer dan seksi ala Adam Levine. Sebenarnya, kamu suka lelaki yang bagaimana?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.