Shakira Bercerita Tentang El Dorado

Suara, gerak tari, serta susuk tubuhnya tidak perlu disangkal lagi. Namun yang benar-benar menjadi ‘tanda’ buat wanita ini adalah semangat yang dicurahkan ke dalam album terbarunya, El Dorado yang memecah rekod jualan tertinggi dalam masa 30 minit saja. T

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Oleh: Leslie Santana & Dulce Villaseñor Fotografi: JAUME DE LAIGUANA Penata Gaya: Gerard Angulo

Wanita Cosmo ini membuatkan rentak Latin ( juga bentuk tubuh mereka) terkenal serata dunia ( jangan main-main, her hipsdon’tlie); dan tunjukkan bahawa blonde is the new black, dan pengajaran yang paling berharga; kasih sayang mengatasi segalanya. Penyanyipencipta lagu ini mengubah seratus peratus kehidupannya selepas mengeluarkan Pies Descalzos ( 1995), album yang membuatkannya terkenal. Kini, selepas hampir tujuh tahun tanpa mengeluarkan album di Sepanyol, dia kembali dengan El Dorado bertemakan romance (Hello,

Me Enamoré), tetapi ada juga irama rancak yang bakal buat kamu berdansa seperti Chantaje dan La Bicicleta. Namun kejayaan bukan satu-satunya fokus dalam dunia Shakira; dia juga ibu kepada dua cahaya mata (Milan dan Sasha) yang juga peminat tegarnya dan tak lupa, bapa mereka, pemain bek tengah Barcelona. Kini di hadapan Cosmo, Shakira lebih matang berbanding dulu, sangat fokus kepada minatnya, mempunyai kawalan terhadap perkara utama dalam hidupnya, dan bersedia untuk menguasai pentas seluruh dunia!

Bagaimanakah kehidupan kamu berubah sejak beberapa tahun ini?

Saya menjadi ibu, jadi keutamaan saya sudah berubah, ia tidak lagi fokus pada persekitaran saya tetapi lebih kepada anak-anak dan keluarga. Saya memulakan kerjaya ini ketika masih muda dan tidak mengetahui realiti lain selain terus bekerja. Ibu bapa saya sering bersama, ke sana sini mengikuti kehidupan nomad saya. Zaman itu begitu penting dan saya banyak menimba pengalaman tetapi kini saya rasakan kehidupan saya tidak perlu terus begitu dan saya mahu lebih menikmati saat-saat kehidupan daripada asyik memikirkan apakah matlamat seterusnya. Sejak beberapa tahun ini saya lebih kukuh dan saya

suka pentas baru saya, untuk hidup dengan tenang, menikmati kehidupan berkeluarga. Saya menemui keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.

Album El Dorado memecah rekod jualan dalam 30 minit pertama. Apa yang membuatkan ia begitu berjaya?

Walaupun album ini diterima baik, pada mulanya saya bergelut juga dengan tugasan yang agak mustahil. Tetapi apabila saya menemui rentaknya, segalanya mula menjadi lancar dan tanpa disedari terhasillah 13 lagu yang amat saya banggakan. Inilah kali pertama saya berkolaborasi dengan artis-artis Columbia lain (seperti Maluma dan Carlos Vives) dan kami ternyata punyai chemistry yang bagus! Saya rasa kegembiraan yang membuat saya bebas sekarang terserlah dalam album ini.

Bagaimana rasanya menjadi antara wanita paling berkuasa di dunia?

Saya tidak memikirkannya begitu sebaliknya saya menyahut cabaran dan tidak membandingkan diri saya dengan orang lain. Bagaimanapun, saya percaya wanita mempunyai kuasanya tersendiri dan saya bangga melihat wanita Latin membangun di dalam pelbagai bidang.

Mengapa album dalam bahasa Sepanyol?

Saya takkan berhenti mencipta lagu bahasa Sepanyol, kerana ia bahasa kebangsaan saya. Identiti saya tetap sebagai artis Latin. Menyanyi dalam bahasa lain adalah cara saya menerokai sisi lain diri saya. Sesetengah melodi datang pada saya dalam satu bahasa dan agak sukar nak bayangkannya dalam bahasa lain, seperti lagu Chantaje. Bagi saya sangat jelas setiap lagu mempunyai identiti tersendiri.

Kamu paling ingin berduet dengan siapa?

Selalunya saya tidak akan berfikir terlalu awal dengan siapa nak berkolaborasi tetapi dari dulu lagi saya ingin bekerja dengan Carlos Vives dan

La Bicicleta adalah hasil daripada

“Saya suka pentas baru saya, untuk hidup dengan tenang, menikmati kehidupan berkeluarga. Saya menemui keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.”

kerjasama itu. Saya percaya kami berdua sangat berpuas hati dengan lagu itu kerana ia menceritakan tentang kegembiraan merakam album ini dan reaksi orang ramai juga sama baiknya.

“Kami ambil masa untuk berdua, hanya berdua, kerana penting untuk kami wujudkan persekitaran kasih sayang di dalam keluarga untuk anak-anak. Bukan tekanan dan ketidaksefahaman.”

Kamu juga turut melancarkan single berjudul Me Enamoré (I Fell

In Love) yang kamu tulis untuk suami, Gerard Pique. Apa yang kamu fikirkan saat pertama kali bertemunya?

Yang itu biar saya simpan untuk diri saya, sesetengah perkara harus dirahsiakan, betul tak?

Kiranya kamu terus ‘hilang kawalan’ (seperti lirik lagu), itukah yang berlaku sebenarnya?

( Ketawa) Tidaklah betul-betul seperti lagu itu tapi bunyinya hebat, kan?

Apakah formula untuk berjaya di dalam kerjaya dan pada masa sama punyai waktu untuk menjaga keluarga?

Tentukan keutamaan kamu. Bila bekerja, saya berikan seratus peratus dan bila saya bersama keluarga juga begitu. Saya beruntung kerana boleh bawa anak-anak bersama ke set sekalisekala dan ada yang membantu menjaga mereka bila saya tak boleh bawa mereka ke tempat kerja. Saya akui keutamaan saya sudah berubah. Yang paling utama sekarang adalah keluarga saya.

Kamu pernah berkata sejak mempunyai anak-anak, ke studio adalah hobi. Apakah yang boleh membuatkan kamu meninggalkan pentas selama-lamanya?

( Ketawa) Tiada... Agak sukar untuk itu berlaku. Cucu?

Antara lagu kesukaan kamu, yang mana menjadi kesukaan anakanak kamu?

Saya tak tahu, tapi sekarang saya nak tahu! Mereka sangat berterus-terang bila nak beritahu saya apa yang mereka tak suka; mereka sangat jujur. Dan saya paling gembira bila mereka minta saya mainkan kembali lagu saat ia tamat.

Bagaimana kamu kekalkan semarak perhubungan antara kamu dan Pique?

Kami beri tumpuan kepada perhubungan seperti mana kami beri tumpuan kepada anak-anak. Kami ambil masa untuk berdua, hanya berdua, kerana penting untuk kami wujudkan persekitaran kasih sayang di dalam keluarga untuk anak-anak. Bukan tekanan dan ketidaksefahaman. Kasih sayang.

Bagaimanakah kehidupan seharian di dalam keluarga Piqué Mebarak?

Lebih normal daripada yang kamu sangka. Kami bercuti daripada bekerja, tetapi bila di rumah kehidupan kami agak santai, meluangkan masa dengan keluarga, dengan anak-anak. Datuk nenek, saudara mara.

Bagaimana kamu kekalkan bentuk tubuh selepas dua kali bersalin?

Saya main tenis setiap hari, ia cara terbaik untuk memulakan hari saya selepas hantar anak-anak ke sekolah kerana ia beri saya tenaga dan buat saya fokus sepanjang hari.

Jika kamu boleh kembali ke 20 tahun yang lalu, apa nasihat kamu kepada diri sendiri?

Saya akan cakap saya tak perlukan banyak solekan dan jangan bergelut dengan perasaan tidak yakin. Itu sesuatu yang langsung saya tak rindukan dari zaman 20-an saya.

Sebagai seorang artis apa yang perlu kamu lakukan untuk kekal?

Saya percaya daripada terlalu mencuba, seseorang artis itu harus kekal setia kepada diri sendiri, ikut kata hati... Itu cara yang terbaik.

Di dalam dunia yang sangat ganas, mampukah muzik menyelamatkan nyawa?

Pastinya muzik mempunyai kuasa untuk menyembuhkan dan menyelamatkan nyawa. Kita semua ada lagu yang kita rasakan berkaitan dengan diri kita, seolah kita yang tulis lagu itu. Itu yang sering kita cipta. Kita semua mencari kaitan dengan orang lain.

album El Derado Konsep kulit dan unik. yang seksi

Antara ‘ Shakirasignatur e move’ ketika persemb membuat ahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.