Relationship Pentingkah ‘Keluhan Seksi’ Di Kamar?

HUBUNGAN INTIM BUKAN SEMATA-MATA GERAKAN FIZIKAL ANTARA DUA JIWA. TERDAPAT BANYAK PERKARA KECIL YANG BOLEH MENYUMBANG LEBIH KENIKMATAN, ANTARANYA MOANING. JANGAN BIARKAN ‘WAYANG’ KAMU BERSAMA SUAMI MENJADI BISU ATAU TERLALU BINGIT! OLEH IQA NORHIZAM

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Ia Mampu Tingkatkan MOOD

Kamu sedia tahu seks bukan semata-mata fizikal, it is more than that! Fikirkan seperti ini: Jika kamu dengar muzik ketika sedang sibuk menghabiskan kerja, ia meningkatkan mood dan buat kamu relaks serta lebih fokus. Sama juga seperti seks. Apabila kamu mengeluarkan bunyi, ia bagaikan muzik yang membakar adrenalin seks kamu dan suami. Ia umpama pengesahan bahawa kamu sedang menikmatinya. Guys totally love it! Keluhan nikmat yang kamu lontarkan umpama ‘menyuap’ ego seks suami kamu.

2 Penunjuk Tahap Ransangan

Selain daripada cakaran dan tamparan (buat kamu yang sedikit ekstrem), bunyi keluhan juga antara petunjuk penting yang boleh buat suami tahu bahawa kamu sedang terangsang. Bagi lelaki, visual amat penting untuk perhebatkan lagi seks bersama isteri tapi ramai tidak tahu bahawa lelaki juga menggilai audio. Hubungan intim tanpa bunyi ibarat adegan tanpa kenikmatan dan perasaan.

3 X-Rated Audio

Fakta: Lapan daripada 10 wanita dan lelaki pernah menonton filem pornografi dan mengakui bahawa mereka ‘terikut-ikut’ dengan adegan daripada filem itu dan mencubanya bersama pasangan. Jadi dalam minda separa sedar, tidak terkejut jika kita terbawa-bawa cara tersebut kerana visual yang kamu tonton itu menghantar mesej kepada minda dan setiap kali berasmara, minda kamu seakan mengawal pergerakanmu. Sudah tiba masa untuk kamu lakukan ‘pornografi’ kamu sendiri. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana dia adalah suami kamu, dan aksi kamu tidak akan dirakam. Pastikan setiap keluhan kamu seksi agar suami benar-benar turn on.

4 Ikhlas dari Hati

Pernah tak perkara ini terjadi kepadamu: Saat kamu sedang rancak bersama suami, kamu mula berbual dengannya? Perkara ini sering terjadi ketika make-up sex. Saat itu kamu mula melontar soalan kepadanya dan gerakan bagai satu ‘hukuman’. Jawapan atau perbualan yang timbul ketika itu adalah sesuatu yang ikhlas dari hati kerana tubuh kamu sedang merasai nikmat sepenuhnya, minda kamu tidak dapat bertindak sama seperti ketika kamu dalam keadaan biasa. Menurut kajian, perkara ini umpama ‘senjata rahsia’ wanita. Hakikatnya, wanita mindanya lebih cekap daripada lelaki ketika hubungan seks kerana sudah menjadi lumrah bahawa wanita lebih bijak untuk multitasking jika dibandingkan dengan lelaki. Jadi ramai isteri gunakan make-up sex sebagai peluang keemasan untuk tanya suami soalan-soalan cepumas jika minda di dalam keadaan sedar. Ini kerana mereka tahu bahawa dalam keadaan penuh kenikmatan itu, lelaki sukar untuk fikirkan alasan ataupun menipu.

Mengaku ataupun tidak, kita semua mempunyai ‘alunan muzik’ tersendiri ketika berasmara. Keluhan nikmat yang kamu lakukan (secara sedar atau tidak) ketika bersama suami... itulah yang menjadi melodi kepada tayangan hebat kalian di kamar. Mungkin kamu seorang screamer atau jenis malu-malu kucing atau mungkin kamu suka ‘berbual’ ketika sesi hangat itu. Apa jua kategori kamu, kita semua seronok melakukannya. Mengapa agaknya?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.