Car Senang Hati Bila Jalan Jauh

Cosmo kongsi panduan ringkas untuk kereta sebelum kamu mulakan perjalanan jauh. Bila kenderaan dalam keadaan tip top, perjalanan pun jadi lebih lancar.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Minyak enjin: Pastikan minyak enjin di takat mencukupi dan tak bocor. Kalau bocor, kereta kamu boleh overheat.

2 Bateri: Periksa air bateri sebelum memulakan perjalanan. Jika tak cukup, tambahkan air bateri.

3 Cecair penyejuk: Kalau cuaca panas dan coolant tak cukup, alamatnya mandi peluhlah kamu sepanjang perjalanan.

4 Lampu utama dan signal: Tukar mentol jika sudah terbakar atau cemeh. Membahayakan pemandu lain jika mereka tak alert dengan signal kamu nanti.

5 Getah pengelap cermin: Cuaca di Malaysia tak menentu, sekejap hujan dan sekejap panas. Kenalah pastikan getah pengelap cermin kamu berada dalam keadaan elok.

6 Tayar: Pastikan tekanan angin empat tayar kamu cukup. Jangan lupa periksa tayar bunga, jika botak kereta kamu mudah tergelincir.

7 Pad brek: Jika pad brek sudah haus, segera gantikan dengan yang baru. Jangan bahayakan keselamatan diri ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.