Feature Kenali Zon Erotik Si Dia

KENALI SI DIA

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Siapa kata suami hanya akan terangsang bila kamu belai ‘asetnya’ saja? Bahagian tubuh yang lain juga mampu beri kenikmatan tidak terhingga jika kamu beri lebih perhatian.

Puting dada Ia mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting wanita - banyak bekalan saraf dan amat sensitif. Jika sentuh, kamu mampu tingkatkan nafsu si dia.

Punggung Bahagian ini antara kawasan erotik yang jarang diterokai. Urut lembut secara berulang-ulang untuk buat si dia angau denganmu.

Belakang telinga: Bukan saja cium, sentuh saja pun sudah mampu buat si dia geli. Saat bercumbu, ghairah si dia akan memuncak. Kemungkinan besar dia akan beri peluang untuk kamu teroka seluruh bahagian ini.

Bawah lengan: Ramai jejaka mengakui sentuhan ringan di pergelangan tangan hingga siku cukup untuk menimbulkan rasa ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotik. Ingat tu!

Kulit kepala: Kulit di bahagian ini sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak saraf sensitif. Tip Cosmo, ajak si dia berbaring di riba kamu dan ramas kepalanya, kemudian lihat bagaimana reaksinya.

Tapak tangan: Ia antara daerah sensitif untuk dirangsang. Uraturat kecil di bahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini, si dia akan berasa cukup ghairah seolah-olah kamu mengajak si dia untuk ‘bersama’.

Telinga: Cuba teka kenapa suami sering mencumbu atau mengigit manja telinga kamu? Jawapannya kerana si dia berharap kamu akan memberi perhatian yang sama pada telinganya.

Perineum: Ia terletak antara zakar dan anus. Kamu boleh rangsang dengan urutan perlahan kerana ia membangkitkan rasa sensual bila kalian ‘bersama’.

Atas bibir: Bahagian wajah paling sensitif terletak di atas bibir. Di situlah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuatkan si dia di awang-awangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.