Cash Berjimat Atau Kedekut?

BENAR KATA ORANG KAMU PERLU BERJIMAT CERMAT DENGAN WANG KAMU. TAPI JIKA SEMUA BENDA MAHU BERKIRA, ITU BUKAN BERJIMAT - ITU KEDEKUT NAMANYA. OLEH IQA NORHIZAM

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

UMPAMA CETI

Kamu keluar dinner dengan BFF dan apabila pelayan restoran bawa bil, kamu dahulukan wang membuat pembayaran. Selepas itu kamu cepat-cepat keluarkan telefon bimbit dan buka aplikasi kalkulator dan kira jumlah bil masing-masing. Mungkin kedengaran biasa tapi apa yang membezakan adalah kamu akan minta bulatbulat jumlah bil mereka walaupun jika mempunyai sen di belakang. Lebih teruk, bila sudah kira jumlahnya, kamu bundarkan pula jumlah tersebut dengan alasan ‘personal charge’.

BERKIRA TAK TENTU HALA

Teman-teman sudah cop kamu Ratu Kalkulator, kerana apaapa yang melibatkan wang, kamu pasti kuarkan kalkulator. Ada kalanya sikap berkira lebih kronik hingga orang naik meluat denganmu. Sebagai contoh, kamu setuju untuk to

go dutch tapi bila bil sampai, kamu beri alasan “I makan sikit je meatballs tu, tak adil kalau kita bayar sama rata, kan?” Ataupun kamu pesan makanan tanpa minuman, dan tanpa segan silu minum jus teman kamu tapi buat ‘dek’ bila bil sampai.

MENGUNGKIT

Ini tabiat paling negatif yang perlu kamu kikis lebihlebih lagi jika kamu ungkit perihal wang kerana ia mencerminkan bahawa kamu buruk siku. Kerana sifat kamu yang kedekut itu, kamu lebih cenderung untuk mengungkit kerana kamu tidak ikhlas dan mengharapkan pembalasan. Sebagai contoh, kamu keluar lepak bersama teman di kedai kopi kegemaran kalian. Kamu dengan selorohnya berkata, “Hari itu I dah bayar untuk

you. So hari ini you pula bayarlah. Mana boleh makan

free, kan?”

LESAP BILA DIPERLUKAN

Bukannya Cosmo mahu kamu jadi terlalu pemurah hati menghabiskan wang sewenang-wenangnya kepada orang lain. Tapi jika teman kamu minta bantuan kewangan dan mereka mempunyai alasan yang super legit, tak salahnya kamu hulurkan bantuan, kan? Jika jumlahnya di luar kemampuan, mungkin kamu boleh berikan seberapa banyak yang kamu mampu. Jika kamu benar-benar tidak boleh menolong, minta maaf terlebih dahulu dan berikan penjelasan. Jangan menghilang umpama hantu dan timbul apabila keadaan sudah sedikit reda.

TAK PERCAYA PADA SEDEKAH

Tahukah kamu orang yang kedekut sebenarnya lebih banyak merugikan? Tabiat utama si kedekut adalah tidak percaya pada rezeki di sebalik sedekah. Bagi mereka, ia merugikan dan orang lain akan mengaut keuntungan daripadanya. Kemudian timbul pula alasan untuk sedapkan hati mereka sendiri seperti, “Bukannnya mereka tak boleh cari pekerjaan. Jadi pencuci bangunan pun boleh dapat duit,” atau “I kerja penat-penat siang malam untuk cari duit. Takkan nak beri pada orang?” Tahukah kamu bersedekah mampu membuka pintu rezeki dan percayalah, kamu akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda.

Tak salah berjimat, tapi jangan sampai orang label kamu ratu kalkulator, okey!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.