From The Editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Nisa’ Halid Editor Nisa'

Terima Kasih Cosmoholics untuk kenangan tahun kedua di acara terbesar Cosmo, Fun Fearless Life! Kami amat berbesar hati dengan feedback dan kehadiran yang cukup membanggakan. Acara seharian dengan sokongan 300 Cosmoholics meriah dengan atur cara Cosmo serta kehadiran nama-nama besar dalam industri yang berkongsi tip, pengalaman dan kejayaan mereka. Kalau ada rezeki, jumpa lagi tahun hadapan! Good news people! Kalau lihat pada muka depan Cosmo, pasti kamu sudah boleh agak yang edisi kali ini amat istimewa buat kami di Cosmo, kan? Setelah sekian lama tampilkan refresh look iaitu pada November 2015, Cosmo kini berwajah baru! Kata orang, ‘get the look you have been looking for’ untuk jadi lebih yakin dan berjaya. Jadi bermula edisi September 2017 ini, kami membuat ‘face lift’ agar dapat menangkap hati kamu semua. Oh bukan itu saja, kami tampil lebih stylish di www.cosmopolitan.my juga. Selak halaman selanjutnya untuk ketahui kolum baru dan layari laman web Cosmo untuk cerita kecantikan, fesyen dan tip cinta yang perlu kamu tahu hari ini. Shakira amat effortless, dari segi personaliti mahupun kala melakukan persembahan di pentas. Wanita beginilah yang perlu kamu jadikan idola. Dia masih menjaga penampilan diri dan sering berusaha menjadi penghibur terbaik. Apa ada pada wanita in ini? Pasti kamu teruja membaca kisahnya di halaman 28. Apa lagi yang menarik tentang edisi kali ini? Selain segalagalanya tampak fresh dan stylish, kami juga tampilkan enam Queens of Digital di halaman 113. Siapa mereka? Kenalah selak satu persatu kerana sebelum ke halaman itu, ada banyak lagi artikel menarik antaranya isu ‘penyakit’ viral yang kini hangat diperkatakan. Apa motifnya kamu berkongsi? Kenali baik buruknya di halaman 88. Akhir sekali, nantikan acara yang akan datang! Banyak lagi aktiviti happening sedang kami rancang untuk kamu semua. Jadi tunggu update daripada kami dan follow Facebook serta Instagram Cosmo, okey? Till then, enjoy!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.