Love Therapy

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q/

Saya bercinta dengan lelaki warga asing sejak tiga tahun lalu. Akhir-akhir ini, si dia selalu buka topik perkahwinan. Yang menjadi masalah, dia mahu bawa saya ke negara asalnya. Hal ini buat saya ragu, rasanya saya tak bersedia untuk berpindah keluar dari Malaysia. Dalam masa sama, saya tak mahu akhiri hubungan ini. Ah, dilemanya!

A/ Cosmo galakkan kamu guna strategi ‘apa, bagaimana dan kenapa’ untuk tentukan objektif perhubungan kalian. Jika kamu fokus pada ‘apa’, kamu takkan jumpa jawapan jadi selalulah tanya ‘kenapa’ dan ‘bagaimana’. Kenapa perlu pindah ke negara asalnya? Kenapa perlu keluar dari Malaysia? Bagaimana kehidupan kalian selepas berpindah nanti? Bila semua soalan begini terjawab, maka kamu ‘wajib’ pertimbangkannya. Adakah ibu bapa kamu merestuinya? Soalan ini juga berkait rapat dan memerlukan pendapat ramai orang.

Q/

Saya anak tunggal dan sering dilabel terlebih manja hingga bekas kekasih tak larat melayan lalu memutuskan hubungan kami. Adakah salah saya kerana terlalu manja sebagai anak tunggal, atau perangai saya yang tak pandai berdikari? Bantu saya Cosmo! Saya tak mahu ditinggalkan kekasih lagi.

A/ Adakah kamu terlalu dependent hingga kekasih terpaksa ikatkan tali kasut atau kamu buat si dia sebagai driver untuk hantar kamu ke mana saja? Jika kamu ada perangai sebegitu, kemungkinan besar dia rimas kerana kamu tak pandai berdikari. Sebagai fearless girl, kamu tak perlu bergantung harap pada seseorang. Kamu boleh lakukan segalagalanya walaupun tiada sang kekasih di sisi. Bukan masalah jika kamu berstatus anak tunggal atau ibu bapa terlalu memanjakan kamu, pokok pangkalnya diri kamu sendiri. “JANGAN BIARKAN DIA BERADA DALAM ZON SELESA KETIKA DENGANMU. KADANGKALA KAMU KENA JUAL MAHAL”

Q/

Cosmo, bantu saya! Saya dan kekasih ingin menikah tapi saya tak nak kelihatan seperti terdesak. Masalahnya, si dia berlengah untuk memberitahu ibu bapanya. Patutkah saya ingatkan si dia atau keep my options open? Tapi saya tak mahu kehilangan si dia dari hidup saya.

A/ Jika dia mahukan kamu, seribu daya akan dilakukan untuk dapatkan kamu walaupun orang tuanya rasa hubungan kalian masih baru. Jangan biarkan dia berada dalam zon selesa ketika denganmu. Kadangkala kamu kena jual mahal supaya dia berlari mengejarmu. Jangan sesekali nampak terdesak untuk menikah walaupun hakikatnya kamu teruja mahu bina rumah tangga bersama. Beri satu tempoh masa, jika dalam tempoh tersebut si dia gagal bertindak, Cosmo galakkan kamu cari saja calon baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.