Playlist

CERIAKAN HATI DENGAN HIBURAN MENARIK BULAN INI!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE

Ibu pejabat Kingsman diletupkan dan ia merupakan cabaran baru bagi Eggsy dan apprentice Kingsman untuk tahu siapakah dalang di sebalik kejadian ini. Pelbagai kesukaran terpaksa dihadapi ketika menyelesaikan misi membunuh musuh Kingsman. Berjayakah Eggsy? Saksikan kesudahan filem ini di pawagam pada 21 September ini!

VICTORIA & ABDUL

Berdasarkan kisah sebenar di antara Ratu Vitoria dan pekerja istana, Abdul. Mereka tiada persamaan tapi menjalin persahabatan yang baik. Pihak istana begitu pelik dengan perangai Ratu Victoria yang gemar bergaul dengan golongan bawahan. Bertahankah persahabatan di antara ratu dan pekerja istana? Tonton filem ini di pawagam pada 21 September.

INFERNO

Idea ekstremis kemanusiaan percaya bahawa bumi berpotensi mengalami populasi melampau dan seterusnya akan memusnahkan alam sekitar, jadi populasi manusia harus dikurangkan dengan membunuh sebahagian besar penduduk menggunakan virus. Sementara itu, hero kesayangan ramai, Profesor Robert Langdon tersedar di hospital dengan luka di kepala dan hilang ingatan sehingga tak dapat mengingati kembali perkara yang berlaku dua tiga hari lalu. Tiba-tiba datang anggota polis cuba membunuh Profesor Langdon, namun dia dapat menyelamatkan diri dengan bantuan doktor yang merawatnya, Dr Sienna Brooks. Namun siapa sangka, Dr Brooks juga punya agenda tersendiri! Saksikan filem ini di saluran HBO / HBO HD (Astro 411 / 431) pada 9 September, jam 9 malam.

ROGER CORMAN’S DEATH RACE 2050

Pada 2050, Amerika dikuasai kerajaan korporat yang berkuasa dan diperintah oleh Pengerusi. Minda rakyat telah dipengaruhi dengan hiburan maya-nyata yang ganas. Acara tahunan paling popular adalah perlumbaan kematian di jalan raya tanpa memikirkan keselamatan orang ramai. Saksikan filem ini di saluran Cinemax (Astro 422) pada 29 September, jam 11 malam.

Setelah membintangi beberapa filem Bollywood seperti 3 Idiots, Always Kabhi Kabhi Sonali Cable, Ali Fazal dan melebarkan sayap ke Hollywood. Filem pertama yang dibintanginya adalah Furious 7.

Halle Berry kembali setelah berehat dari dunia lakonan beberapa tahun. Dia memegang watak sebagai Ginger iaitu pakar IT untuk Kingsman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.