So cosmo!

Kenali team Cosmo di sebalik pembikinan majalah yang fun, fearless and fabulous ini.

Cosmopolitan (Malaysia) - - FROM THE TEAM -

Bekerja di sebuah majalah bukanlah mudah. Ia bukan semata-mata glamor, terdapat pelbagai cabaran selari dengannya. Mengejar deadline, memerah idea untuk keluaran akan datang, photoshoot serta

keepup dengan events, kadangkala semua ini boleh buat kami overwhelmed. Tapi apa yang membuatkan kami terus kuat dan gigih menghasilkan yang terbaik setiap bulan adalah kerana kamu, pembaca setia Cosmo. Selari dengan tagline Cosmopolitan iaitu ‘Fun, Fearless and Fabulous’, ia merupakan pillarofstrength buat kami - terapkan elemen fun ketika bekerja, fearless dalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat, serta

fabulous dengan cara pembawakan diri. Cosmopolitan bukan sekadar nama, tapi ia adalah ‘jiwa’ kami!

“I can never give less than 105% in everything I do. Thank God,these bunch too. Memegang jawatan Editor bukan hanya menjadi ketua, ia kerjaya yang mencabar tapi selalunya they make it easier for me. #squadgoals.” NISA’ HALID, EDITOR

“Hampir enam tahun bersama Cosmo, banyak cabaran telah saya lalui tetapi saya masih bersemangat berkongsi idea-idea baru, mengejar deadline dan memastikan kami semua berpuas hati dengan setiap halaman. Cosmo rules!” NURUL AZWA ABU BAKAR, PENGARAH SENI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.