surat pilihan

Cosmopolitan (Malaysia) - - FROM THE TEAM - - Juliana Abdul Mutalib

Biarpun masih bergelar pelajar, membeli Cosmopolitan adalah rutin bulanan saya. Harga yang masih berpatutan menjadi faktor utama saya mendapatkannya setiap bulan. Cosmo relevan untuk semua usia dan informasi di dalamnya mempunyai 1,001 kebaikan yang boleh dijadikan rujukan harian. Ibarat makanan ruji, Cosmo antara majalah yang ‘wajib’ saya miliki. Susun atur yang kemas memudahkan saya menyelak helaian demi helaian tanpa rasa bosan. Ia juga teman ‘wajib’ saya kala ke mana-mana. Jika terpaksa menunggu, saya akan isi masa sebaik mungkin dengan membaca Cosmo. Dibaca berkali-kali jelas memberikan kepuasan yang sukar diungkapkan. Akhir kata, stay Fun, Fearless and Fabulous always. Terima kasih kerana sentiasa menjadi rujukan untuk diri saya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.