KOD ANTIPENUAAN BARU: 20+1

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Kamu tahu tak sel-sel kulitmu perlu ‘mendengar’ dan ‘bercakap’ untuk ia berfungsi sebaiknya? Cosmo pun baru tahu apabila serum antipenuaan kegemaran ramai ini dipertingkatkan tahun ini. Clarins Double Serum baru, mampu decode bahasa kulit yang muda menawan untuk merangsang lima fungsi penting kulit (pertumbuhan semula, pengoksigenan, nutrisi, penghidratan & perlindungan). Ekstrak kunyit melancarkan keupayaan kulit untuk ‘mendengar’ dan mengekalkan sistem komunikasi selular yang baik. Dua puluh ekstrak tumbuhan lain mengekalkan fungsi kulit yang mantap. Serum yang baru ini juga tiada minyak mineral sebaliknya digantikan dengan minyak tumbuhtumbuhan. Ia turut menampilkan botol yang baru, dengan sistem butang tekan yang memudahkan kamu picit jumlah yang sesuai mengikut keperluan atau cuaca.

Clarins Double Serum 50ml, RM435

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.