Wefie Atau Gambar Beramai-ramai

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Makeup hack: Bila wajah kamu di dalam gambar hanya sebesar kacang, memang susahlah nak stand out. Pakai gincu yang terang supaya kamu menonjol. Peka dengan sekeliling: Bila dah ramai, janganlah latar belakang pun serabut! Cari dinding atau pemandangan jauh atau luas seperti laut, sawah, gunung-ganang… Bergaya dengan kreatif: Bukan ambil gambar sekolah yang semuanya tegak pandang depan. Biar ada tinggi rendah, yang depan dan belakang, yang pandang kiri kanan. Kalau nak nampak kurus, kamu di tengah dan sedikit ke belakang, kalau nak tayang body, kamu di tepi sekali agar boleh pose sesuka hati. Rapat-rapat sedikit: Bila rapat, lebih besar wajah masing-masing masuk frame. Kalau ambil gambar penuh dari hujung rambut ke hujung kaki, jauh nampaknya melainkan fokusnya adalah baju.

Marc Jacobs Enamored Hi-Shine Gloss Lip Lacquer, RM120 (setiap satu), memancar seperti 30 lapisan lacquer pasti buat kamu menyerlah!

Youngblood Pressed Mineral Rice Powder, RM133

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.