SHUT UP ALREADY!

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Ya, ia boleh semarakkan hubungan seks tapi ia juga boleh ‘membunuh’. Ketahui bila masanya ia perlu dihentikan...

FAKINGIT

Apabila kamu sudah mula berpura-pura, tiba masa kamu hentikannya! Ingat, ia umpama runut bunyi di dalam filem dan kamu pasti tidak mahu ‘bunyi sumbang’ tersebut menjejaskan ‘filem’ kalian. Nobody likes a bad soundtrack! Sama seperti hubungan seks kamu dan suami. Tidak perlu teriak berlebihan kerana ia akan buatkan suami kamu ‘potong stim’.

SUAMI TIDAK SELESA

Walaupun lapan daripada 10 lelaki

sukakan wanita ‘kasar’ dan ganas di kamar, hakikatnya masih wujud lelaki yang tidak menyenanginya lebihlebih lagi jika kamu melebih-lebih. Jadi bila kamu mula lihat raut wajah suami berubah, tone it down

a bit okay! Ataupun penyelesaian paling mudah adalah dengan adakah sex talk bersama suami kamu agar kamu tahu apa yang dia suka dan tidak suka, serta pandangan kamu perihalnya. Dengan cara ini, kamu dan suami akan capai kata sepakat untuk ‘hidupkan’ hubungan seks yang berikan kenikmatan penuh kepada kamu berdua.

TERKELIRU

Ada juga yang terlalu menikmatinya sehingga memberi mesej yang salah dan mengelirukan. Kamu masih keliru? Mudah saja. Jika kamu sudah ‘merengek’ seperti mahu menangis ataupun seperti anak kecil, suami akan keliru kerana menyangka yang kamu sebenarnya menahan kesakitan atau tidak menikmatinya. Bawa bertenang okey. Sekali lagi Cosmo ingatkan, jangan terbawa-bawa watak

X-Rated yang kamu pernah lihat dalam filem pornografi. Ingat bahawa ia adalah ‘filem’ yang penuh dengan onesided imagination dan hubungan seks kamu tidak seharusnya terhad kepada ‘corak’ itu sahaja. Ia adalah satu pengalaman yang penuh dengan perasaan cinta serta kenikmatan yang kamu dan suami kongsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.