5 TRICKS @First Date

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE & MEN -

Sudah bertahun kamu tidak keluar berjanji temu, dia pula sudah terpacak di depan rumah mahu menjemputmu. Hati berdebar bagai nak rak dan mulalah jadi tak keruan. Jangan panik!

JADI DIRI SENDIRI

Tiada yang lebih penting daripada menjadi diri sendiri. Tunjukkan personalitimu yang sebenar supaya dia tahu. Jangan berpura-pura menjadi orang lain kerana besar kemungkinan dia akan jatuh cinta dengan ‘versi 2.0’ kamu itu.

FAKE IT TILL YOU MAKE IT

Bukan menjadi fake dan mainkan permainan si dia. Maksud Cosmo jika kamu gemuruh dan tidak selesa, jangan biarkan ia jelas kelihatan. Jika kamu berasa kurang selesa, beritahunya – verbally okay!

DENGAR DENGAN TELITI

Mendengar lebih baik berbanding bercakap tanpa henti. Ia merimaskan dan boleh buatkan kamu bertambah gugup. Lagipun, jika kamu mendengar dengan teliti, kamu boleh lihat personaliti serta karakter seseorang itu.

SENYUM, SENYUM, SENYUM!

Suka? Senyum! Tidak selesa? Senyum! Meluat? Senyum! Tapi jangan pula kamu senyum tak tentu hala pula okey. Tunjukkan sisi manis kamu dan ‘belanja’ berganda-ganda kepadanya.

CONFIDENCE (NOT COCKY!)

Tidak dinafikan wanita berkeyakinan itu seksi. Tapi jika melebih-lebih, kamu boleh disalah anggap sebagai berlagak. Yakin tidak bermaksud kamu perlu tunjukkan bahawa kamu seorang yang kuat. Ingat! Keyakinan diri lahir dalam pelbagai cara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.