YAASSSS...

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

KillerHeels itusekdi tapisemua tahuia tidakselesa dankamu takkan bertahan lebuhsatu jam!

RASA LEBIH HEBAT (DARI DALAM)

Betul, jika kamu sarungkan busana yang oh-so-stylish bersama killer high heels, ia boleh berikan kamu satu perasaan yang hebat. Tapi apa yang lebih menarik, jika kamu lakukannya setiap hari untuk diri sendiri dan ubah pemikiran bahawa kamu perlu kelihatan cantik untuk mata orang lain, penampilan kamu bukan saja kelihatan hebat malah dalaman kamu juga lebih yakin, gembira dan bersemangat! Lamakelamaan kamu tidak perlukan pujian daripada mereka kerana hanya kamu yang tahu dan rasa perasaan tersebut. Kamu tidak perlukan pujian atau pengesahan daripada orang lain untuk buat kamu rasa hebat dan cantik luar dalam.

PEDULI APA KATA ORANG

Jika dulu kamu risau apa yang orang katakan tentang kamu, now put a stop to it. Kamu sedar bahawa kelihatan cantik semata-mata tidak mencukupi jika ia tidak memberi makna padamu. Ya, killer heels itu seksi tapi semua tahu ia tidak selesa dan kamu takkan bertahan lebih satu jam! Walaupun ia boleh ‘memancing’ pujian teman-teman, sarungkan kasut yang lebih praktikal dan selesa untuk diri sendiri. Mantra baru: Kecantikan tidak diukur mengikut busana atau penampilan luaran kamu. It’s beyond that! Percayalah...

TERTEKAN DENGAN PERBANDINGAN

Life is not a competition. Tapi sedar ataupun tidak, kita sebenarnya bersaing dengan satu sama lain – sama ada secara terbuka ataupun sebaliknya. Ia bukan saja beri kesan negatif kepada kehidupan tapi juga buat kamu tertekan kerana perasaan mahu bersaing dengan orang sekeliling. Apabila kamu sedar bahawa kamu dress not to impress others, kamu tidak akan tertekan dengan perkara remeh seperti, “Who wore it better,” atau “I wore that style first!”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.