NAYYY...

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

KAMU BERI MEREKA RUANG UNTUK TERUS MENGKRITIK

Fikirkan: Jika kamu terus menerus mahu kelihatan cantik hanya untuk memuaskan mata (dan hati) orang lain, kamu sebenarnya secara tidak langsung membenarkan mereka untuk terus mengkritik. Ia tiada kesudahan dan satu-satunya cara untuk hentikannya adalah dengan mengubah cara kamu melihatnya mengikut perspektif kamu. Jangan terus ‘menyuap’ pengkritik kamu.

PUJIAN YANG FAKE,FAKE,FAKE!

Oh yes...we all love to hear compliments. Tapi adakah ia ikhlas atau berbaur dengki? Hakikatnya, kamu tidak boleh puaskan hati setiap orang dan bukan semua mahu bersikap jujur dengan kamu, sama ada memuji untuk menjaga hati ataupun memuji untuk mengutuk sebaik saja kamu berlalu pergi. Jadi, tiada gunanya kamu hidup untuk meraih pujian daripada orang lain. Pujian itu boleh membunuh, okey!

YAKIN DIRI YANG TIDAK BENAR

Pakaian kamu on point dari hujung rambut hingga hujung kaki, kamu berasa sangat hebat dan keyakinan serta-merta melonjak tinggi. Apabila ada yang memuji, keyakinan meningkat sepuluh kali ganda. Tapi bagaimana pula perasaan kamu apabila menyarung sesuatu yang simple atau ketika hari malas? Bagaimanapula bila kamu habiskan berjam lamanya untuk melaram dan tiada seorang pun yang memuji? You crushed into small pieces.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.