NAK JADI BFF? ‘KUNCI MULUT’

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

Tertanya-tanya adakah persahabatan kamu dengan teman baik akan kekal sampai bila-bila? Itu semua bergantung sama ada kamu boleh simpan rahsia atau tidak, menurut penyelidikan terbaru. Satu kajian mendapati persahabatan wanita berkembang atas dasar kesetiaan iaitu sentiasa ada bila diperlukan, keupayaan menyimpan rahsia, menjadi pendengar yang baik dan mengambil berat – lebih 60 peratus wanita mahukan kualiti ini pada teman baik.

Sebanyak 37 peratus mengatakan mempunyai minat dan hobi yang sama sangat penting. Kepercayaan antara sahabat lebih erat seiring peningkatan usia – ramai wanita muda mengatakan dalam bab teman lelaki atau suami, mereka kurang percaya teman baik. Sebanyak 30 peratus wanita antara usia 18 hingga 24 mengaku mencari teman baik yang tidak menaruh sikit pun perasaan pada pasangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.