Pergerakan Minda Di Sebalik Keputusanmu

Menurut Mi Yen Low, pakar psikologi klinikal di Mindfulness Centre, seperti mana-mana keputusan lain, minda kita terbahagi kepada dua – sedar dan separa sedar.

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

KKini teknologi mampu bergerak kurang daripada satu minit. Fakta: Google results hanya mengambil masa secara purata lima hingga 10 saat bila kamu lakukan pencarian. Jadi tidak hairan bila generasi kini lebih mudah terdedah kepada segala informasi baik mahupun buruk daripada laman sesawang, betul tak? Walaupun ia hebat dan memudahkan kehidupan seharian, ada satu tabiat kurang elok yang lahir daripadanya – sikap ‘vandalisme’ penggunaan internet. Dek kerana itu, muncul satu penyakit daripada mereka yang suka menularkan informasi (video mahupun gambar) yang bersifat menghasut, mempersenda dan mengaibkan. Ada kalanya bahan yang dijadikan viral itu hanyalah sesuatu yang remeh tapi impaknya tersangatlah besar hingga mampu cipta perbalahan di antara keyboard warriors. Persoalannya di sini, mengapa kita cenderung untuk menularkan sesuatu maklumat tanpa berfikir akibatnya terlebih dahulu? Jika kamu rasa ia adalah hak individu dan kamu bebas berkongsi apa saja, think again! Di Malaysia, segala maklumat dan penggunaan laman sesawang dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, bermakna jika kamu muat naik atau kongsi maklumat yang bersifat menghasut, mempersenda dan menjatuhkan, kamu boleh dikenakan tindakan serta disabitkan kesalahan. Berhati-hati okey!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.