Bahan Yang Sering Menjadi Viral

Sama seperti virus atau penyakit, sesuatu perkara itu pasti mempunyai punca. Jika dikaji semula kandungan video atau gambar yang tular di Internet, kandungannya sering kali terdiri daripada kategori ini.

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

JENAKA

Cosmo mengaku # mudahterhibur dengan video serta gambar-gambar berunsur jenaka dan kelakar, walaupun ada kalanya ada teman yang kurang faham mengapa kamu ketawa terbahakbahak seorang diri. Sebagai contoh, video parodi klip video Datuk Seri Vida – I Am Me (atau video itu sendiri!). Get it?

PERIBADI

This one is so not cool! Masih ingat lagi Julai lalu, satu-satunya lelaki dalam keluarga Kardashian, Rob Kardashian memuat naik video serta gambar bekas isterinya, Blac Chyna di Instagram dengan kapsyen yang mendedahkan sikap buruk Blac Chyna? Ia menjadi tular sehingga Instagram mengambil tindakan untuk menutup akaunnya, dan Rob tanpa segan silu mengaku bahawa dia sememangnya mahu perkara itu viral di seluruh dunia. It is called revenged porn! Bukan saja ia menyalahi undangundang, hakikatnya ia tidak mendatangkan sebarang faedah serta bersikap cetek dan keanak-anakan.

SELEBRITI DAN INDUSTRI SENI

Sudah lumrah seorang selebriti, setiap gerakgeri menjadi perhatian. Tapi apa yang membezakan selebriti pada zaman ini dengan dahulu adalah kekangan teknologi pada era masing-masing. Kini segalanya di hujung jari dan informasi amat mudah untuk bergerak. Ia mungkin memudahkan hubungan di antara selebriti dan peminatnya, tapi ia juga mempunyai downfall. Apabila pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar mahupun video seorang selebriti itu, impak terhadap tuan empunya badan amat menakutkan.

POLITIK

We are seriously getting sick about this one! Apa yang mampu Cosmo katakan adalah, sudahsudahlah. Meme Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kapsyen lucu serta video parodi ketika berucap tidak akan berikan apa-apa impak politik yang positif kepada negara mahupun masyarakat. Bukan sekadar di internet, malah dikongsi juga di WhatsApp. Nasihat Cosmo? Jika kamu mahu jadi pejuang politik dan negara, caranya bukan begini kerana ia tidak akan mengubah situasi, malah hanya akan memporak-perandakan keadaan dengan perbalahan tanpa henti.

'MEHH?'

Satu lagi perkara yang kami tak faham adalah mentaliti orang yang meluat mengenai sesuatu perkara tapi masih mahu tularkannya. Hello, stop making petty people, famous! Kamu sebenarnya memberi mereka publisiti percuma dan perhatian yang mereka mahukan. Mungkin seronok bergelak dan mengutuk mereka bersama temanteman di kedai kopi, but guess what? Mereka sedang tersenyum dengan perhatian dan publisiti yang kamu berikan. Tahu-tahu dia lebih berjaya daripada kamu. Come on! Masih ramai di dunia ini yang berbakat, istimewa dan berusaha keras. Tiba masanya kita letakkan spotlight pada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.