BLURRED

Hey, hey, hey... Bukan lagu Blurred Lines daripada Robin Thicke okey, tapi bagaimana untuk kamu tahu jika kandungan tersebut ‘lulus’ untuk dikongsi atau tidak. Masa untuk kamu fikir terlebih dahulu sebelum klik butang share.

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

Adakah ia membuka aib seseorang?

Cosmo faham mungkin kamu fikir, “Kenapa perlu kisah tentang mereka? Ikut suka I nak buat apa.” Benar, tapi fikirkan jika perkara yang sama terjadi kepada kamu (atau orang yang kamu sayang), adakah kamu mahu orang memperlekehkan dan make fun of it? Tak, kan? Kamu mungkin tidak mengenali mereka tapi perbuatan kamu itu boleh mengubah dan berikan impak yang cukup besar terhadap kehidupan mereka.

SAY YES: Jika kandungannya tidak melibatkan kehidupan peribadi seseorang atau melanggar hak asasi kemanusiaan.

Adakah ia berbaloi untuk dikongsi?

Fikir: Dengan berkongsinya kepada keluarga dan teman-teman ataupun menerusi platform media sosial kamu, adakah ia berbaloi dan apakah faedahnya? Jika hanya bertujuan untuk menjatuhkan seseorang (sama ada sengaja atau tidak), sudah pasti ia tidak akan berikan sebarang kebaikan kepada kamu mahupun orang lain. Jika kandungannya tidak berikan informasi positif, mengapa mahu bazirkan masa dengan perkara remeh? Fikirkan. SAY YES: Jika ia mampu memberi kesedaran serta pengajaran kepada kamu dan orang ramai. Atau ia sekadar hiburan serta mampu buatkan seseorang itu tertawa dengan kandungannya, by all means, kongsilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.