MEDIUM PERANTARA

This is a no-brainer. Lima laman web serta aplikasi ini sering digunakan untuk kongsi pelbagai informasi serta maklumat dan umpama ‘rumah’ kepada segala perkara - viral.

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

1 FACEBOOK

Dengan berbilion pengguna di Facebook, informasi yang dikongsi boleh menjadi tular dalam masa kurang satu minit. Tidak terhenti di situ, terdapat pelbagai fan page yang bersifat menghasut.

2 INSTAGRAM

Jika kamu teliti, ia adalah platform mudah untuk haters dan keyboard warriors ‘bersarang’. Malah mereka sampai sanggup cipta akaun palsu hanya untuk menjatuhkan seseorang yang mereka benci.

3 TWITTER

Walaupun terhad kepada 140 patah perkataan saja, ia tidak membantutkan pengguna untuk sebarkan informasi negatif kepada pengguna lain di seluruh dunia. Mereka lebih kerap kongsi link dan bawa pengguna lain ke laman web yang berlainan.

4 9GAG

A meme heaven! Walaupun meme yang dikongsi lucu dan berunsur jenaka, tapi ada juga yang bersifat menghasut, menghina dan menjatuhkan. Siapa yang sering menjadi mangsa troll di 9gag? Tentunya pemimpin-pemimpin dunia seperti Donald Trump, Barack Obama dan ramai lagi.

5 WHATSAPP

Medium paling mudah dan pantas! Terdapat pelbagai maklumat palsu yang dikongsi menerusi aplikasi ini sehingga berita tersebut boleh cipta perbalahan sesama masyarakat. Hentikannya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.