Berbaloi Untuk Dimiliki

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST -

Nokia 6, RM999 Di bahagian hadapan, Nokia 6 hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Nokia turut bawakan lapisan Corning Gorilla Glass untuk berikan lebih ketahanan bagi model terbaik ini. Terdapat lima pilihan warna untuk peranti ini iaitu Arte Black, Matte Black, Tempered Blue, Silver dan Copper. Kerangka belakangnya diperbuat daripada logam untuk mengekalkan rekaan yang lebih premium. Fungsi kamera menjadi keutamaan untuk model ini. Ia dilengkapi lensa utama 16 megapiksel dengan aperture F2.0, PDAF, Dual-LED Flash serta rakaman video HD Penuh. Untuk selfie, kamu boleh gunakan kamera 8 megapiksel yang terdapat di bahagian hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.