Mulakan Dengan Krim Mata

Tak semuanya sasar masalah sama. Ini yang boleh kamu cuba jika kamu lihat…

Cosmopolitan (Malaysia) - - BE SUCCESSFUL -

LINGKARAN GELAP

– Givenchy Hydra Sparkling Express Illuminating Eye Stick, RM178, dengan efek sejuk yang menyegarkan mata. Partikel mikro tidak berwarna melicinkan dan memantul cahaya dengan lebih baik jadi mata tampak lebih cerah.

SEMBAP – Melvita Nectar Supreme The Eye & Lip Contour Créme, RM240. Formula ekstrak chlorella dengan muncung besi melancarkan aliran dan menurunkan sembap dan bengkak. Simpan dalam peti sejuk untuk antisembap yang pantas.

GARIS KEDUTAN

– Kate Somerville Wrinkle Warrior Eye Gel, RM286. Asid hialuronik dalam tiga saiz molekul berbeza menghidrat, melicin dan menganjalkan penampilan garis dan kedutan sekitar mata.

KEKUSAMAN

– By Terry Hydraéclat Eye Contour, RM299, mempunyai tindak anti-kelesuan dengan manfaat sel bunga mawar yang menggalakkan kulit untuk memperbaharui hari demi hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.