KamuAdakah Perlu de-stress?

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY -

1Secara amnya, kamu tidur seperti: a. Anak kucing - selalu bermimpi indah, mimpi bebas... b. Hibernating bear, terima kasih kepada ubat tidur dan option Do Not

Disturb dalam iPhone kamu. c. Kelawar. Kamu boleh dikatakan nokturnal, selalu teringat ada perkara kena selesaikan sebelum masuk tidur. 2Kamu terima news alert tentang satu lagi pergolakan politik. Kamu: a. Buat tak endah kerana kamu tak mahu rosakkan mood! b. Belek sekejap, kemudian bookmark story itu untuk baca waktu lunch nanti. c. Dive in, klik setiap artikel dan berkongsi rasa panik di media sosial.

3Surprise! Teman serumah kamu terlupa buang sampah sebelum ke tempat kerja...sekali lagi. Adakah kamu akan menegur perbuatannya?

a. Tak, biarlah. Selagi ia tak membusuk di dapur, kamu okey saja.

b. Kali ini kamu akan tolong buang. Jika dia ulanginya lagi, tunggulah akibatnya.

c. Kamu bukan saja maki hamunnya dalam WhatsApp, malah balas dendam secara fizikal: Tinggalkan kotak piza kosong di atas katilnya.

4Selepas makan malam, pelayan menghulurkan bil makan 10 orang kepada kamu. Apa reaksi kamu?

a. Tanya kepada temanteman, “Whatever. Siapa nak kongsi bayar?”

b. Katakan yang kamu hanya akan bayar sebahagian saja – tapi tetap beri ekstra RM50.

c. Mula berpeluh. Kamu tahu kamu tak sepatutnya makan di luar, tak berbaloi. 5Kamu ada tugasan penting perlu disiapkan di pejabat awal pagi esok, tapi BFF ajak kamu berparti pula malam nanti. Adakah kamu akan ikut? a. Sudah tentu! Kamu boleh beri alasan kamu sakit kepada majikan. b. Ya, tapi berjanji akan balik rumah sebelum 11pm. Kamu tak mahu kecewakan bos pula. c. Keluar berparti pada hari minggu? Never!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.