ROEN CIAN, 36, USAHAWAN

Cosmopolitan (Malaysia) - - BE SUCCESSFUL -

Entrepreneur,loving

husband and a father. Roen Cian miliki pelbagai bisnes di antaranya The Roof, Malt & Leaf, Common Ground, Lifejuice dan The New Camp. Dia percaya bahawa kunci utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah passion

andideas. Berpegang utuh pada nasihat ibunya, “Keep

your ideas yours,” tiada apa dapat menghalangnya.

Driven bymoney, dia tahu erti sebenar kehidupan yang sukar dan tekad untuk keluar daripadanya. Bila berbicara perihal perniagaan, ramai anak muda mempunyai idea yang hebat tapi takut ambil langkah pertama dengan alasan tidak mempunyai modal. Pendapat kamu? Ya, untuk mulakan perniagaan memang memerlukan modal tapi tidak bererti ia seharusnya menjadi penghalang kamu untuk miliki perniagaan sendiri! Jika kamu punyai idea hebat, by all means go

ahead. Kejar impian kamu. Untung dan rugi adalah adat dunia perniagaan. Saya faham mengambil langkah pertama amat menakutkan tapi jika kamu tidak lakukannya sekarang, bila lagi? Dan saya juga seorang yang berpegang kukuh pada prinsip, “You need to put in

your own money.” Jika kamu mahu milikinya, gunakan duit kamu sendiri. Tak cukup? Belajar menyimpan. Terdapat pelbagai cara yang boleh kamu gunakan untuk miliki perniagaan sendiri. Kamu seorang usahawan,

devotedhusband kepada Carey Ng dan seorang bapa. Ramai mengatakan bahawa seorang wanita itu boleh menaikkan serta menjatuhkan seorang lelaki dan kejayaannya. Adakah itu yang kamu cari dan lihat dalam diri isterimu? Saya sangat setuju! Sistem sokongan yang hebat daripada wanita boleh buatkan kamu hadapi apa jua cabaran dengan lebih mudah. As for Carey and I,

we are a team. Segala perkara yang kami lakukan adalah hasil berkumpulan. Jadi saya sangat setuju dengan pendapat bahawa wanita mainkan peranan besar dalam kejayaan pasangannya. Positive relationship give you positive results in this world. Jika kamu jumpa wanita yang bijak, penyayang, berdikari, mempunyai empati dan just a great lover and partner – hold on to her. Percayalah. Apakah nasihat kamu kepada generasi muda perihal kejayaan, mengejar cita-cita dan menjadikan impian mereka satu realiti? Tiada guna kamu ada pelbagai idea hebat tapi tidak lakukan tindakkan terhadapnya. Because at the

end of the day, orang lain akan bawa yang idea sama dan jayakannya manakala kamu pula berputih mata. So act now, don’t give up, believe in yourself dan jangan toleh ke belakang.

Positive relationship give you positive results in this world. Jika kamu jumpa wanita yang bijak, penyayang, berdikari, mempunyai empati dan just a great lover and partner – hold on to her. Percayalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.