Confessions

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“SELEPAS SEMINGGU BERKENALAN DENGAN SEORANG JEJAKA KACAK, DIA AJAK KELUAR DATING. AKTIVITI YANG DIA RANCANG ADALAH MENONTON TEATER DENGAN DURASI SELAMA TIGA JAM. BOSAN, MENGANTUK DAN SUDAH LEBIH TIGA KALI SAYA MENGUAP, SAYA TERLENA HINGGA BERDENGKUR. HMM, SELAMAT TINGGAL BAKAL KEKASIH!” - SYANTI, 23

“Ketika lepak di kafe, ada jejaka mendekati saya. Pada awalnya saya okey nak berkenalan tapi lama-kelamaan rasa meluat pula. Dia asyik bercerita tentang harta, keluarga dan kerjayanya. Pendek kata, si dia suka ‘masuk angkat bakul sendiri’. Dek terdesak mahu larikan diri, saya terpaksa mesej seseorang untuk selamatkan saya. Tak lama kemudian teman saya hadir dan mengaku dia kekasih saya. Problem solved!” - Juliani, 27

“Saya alergi kacang. Satu pagi ketika di pejabat, seorang teman memberi sekeping roti dengan sapuan Nutella. Saya tak perasan kerana terburu-buru mahu masuk ke bilik bos. Hanya satu gigitan, bibir saya bertukar menjadi tebal dan merah kegatalan. Seksanya, Tuhan saja yang tahu.” - AIN, 26

“SAYA PERNAH BERCINTA DENGAN DUA JEJAKA SERENTAK. HINGGALAH SATU HARI, SALAH SEORANG MENGHUBUNGI SAYA DAN MEMBERITAHU RAHSIA SAYA SUDAH TERBONGKAR. JEJAKA YANG SEORANG LAGI ITU ADALAH #BROMANCE SI DIA PULA! ADUHAI, KANTOI!” - JOJO, 22

“JJejakajk yang g baru saya kenali datang sejam lambat ketika first date kami. Tambah lagi, dia tak mahu pesan makan sepanjang kami di restoran dengan alasan mahu diet. Really?” - ANISAH, 28

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.