Hot & Healthy #Fitness Goals

Inspirasi Cosmo kali ini i adalah Mega Insta Star, ar, Kayla Itsines (7.1 juta followers and counting!). g!).

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Reverse Lunge + Knee Lift

Mula dengan berdiri, kaki sejajar dengan bahu. Ambil satu langkah besar ke belakang dengan kaki kiri, bengkokkan kedua belah lutut lebih kurang 90 darjah. Lutut kanan kamu perlulah sejajar dengan pergelangan kaki dan lutut kiri kamu hampir mencecah lantai [A]. Luruskan untuk berdiri, alihkan berat ke kaki kanan dan angkat kaki kiri ke dada [B]. Turunkan kaki kiri dan kembali ke posisi reverse lunge. Lakukan 12 kali di kedua belah kaki. Ulang 24 kali secara keseluruhannya.

2 SnapS Jump

Mula dengan berdiri, kaki sejajar ejajar dengan bahu. Bawa tubuh ke bawah dan letakkan tangan di atas lantai di depan kaki kamum [A]. Tendang kedua kaki ke belakang dan luruskannya [B]. Lompat kembali ke posisi mula dan pastikan kaki sejajar dengan bahu. Lakukan 20 ulangan.

3 X Mountain Climber

Mula dengan posisi tangan kamu di atas lantai dan kaki diluruskan ke belakang. Pastikan kaki kanan kekal di atas lantai, bawa lutut kiri ke dada kamu menghala siku kanan [A], kemudian kembali ke posisi mula. Pastikan kaki kiri kamu di atas lantai, bawa lutut kanan ke dada menghala siku kiri [B], kemudian kembali ke posisi mula. Lakukan 40 ulangan di kedua belah kaki.

4 Side - To - Side Crunch

Mula dengan baring di atas lantai, lutut dibengkokkan dan kaki kanan di atas lantai. Rehatkan pergelangan kaki kiri di atas lutut kanan. Letakkan tangan kamu di belakang telinga dan dengan perlahan angkat kepala dan tulang belikat ke atas. Pusingkan tubuh kamu ke arah kanan agar siku kanan menyentuh lantai [A]. Pusingkan tubuh kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri [B]. Dengan perlahan, pusingkan tubuh ke arah kanan semula dan lakukan 12 ulangan.

She went from that fitAussie on your feed to one of the most influential trainers in the world. Kini Kayla Itsines – di mana komuniti Bikini Body Guide (BBG) miliknya lebih gemarkan kekuatan berbanding kesempurnaan – melancarkan BBG Stronger, sebuah program quick circuits, hasil kerjasama bersama Tobi Pearce. Dia mencipta rutin senaman eksklusif berdurasi tujuh minit ini khas untuk Cosmo dan sesuai untuk semua. “Untuk beginners yang tidak pernah berlatih sebelum ini, tujuh minit tersebut adalah istimewa,” kata Kayla. “Ia akan buat kamu rasa seperti, ‘Okey, saya boleh lakukannya'.” Preach!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.